MAJLIS HI-TEA BERSAMA PANEL PEGUAM MAIWP TAHUN 2026

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menganjurkan Majlis Hi-Tea Bersama Panel Peguam MAIWP Tahun 2026 pada 10 September 2026 yang lalu.

Majlis ini bertujuan memperkukuh hubungan kerja dan kerjasama antara MAIWP bersama Panel Peguam MAIWP dalam suasana santai dan tidak rasmi, di samping menghargai komitmen serta sumbangan yang diberikan dalam urusan perundangan MAIWP.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta amanat beliau kepada para Panel Peguam MAIWP.

Semoga hubungan dan kerjasama yang terjalin terus diperkukuh demi kelancaran pengurusan perundangan serta penyampaian perkhidmatan MAIWP.


TOP