KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA KE MAIWP

MAIWP hari ini menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Sharifatul Hanizah Said Ali, Pengarah Eksekutif, Pasaran Modal Islam.

Kehadiran delegasi SC telah disambut oleh YBhg. Datuk Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, dalam satu sesi perbincangan strategik di Menara MAIWP.

Pertemuan ini membuka ruang perkongsian berimpak tinggi berkaitan Pelan Induk Pasaran Modal (CMP) 2026–2030, pembangunan instrumen sosial seperti zakat dan wakaf, serta potensi kerjasama strategik baharu antara MAIWP dan SC demi manfaat ummah.

Daripada meja perbincangan hari ini, diharapkan lahir sinergi yang lebih besar dalam memperkukuh kewangan Islam, memperluas manfaat wakaf dan zakat, serta membina ekosistem pembangunan ummah yang lebih mampan.

TOP