SATU LANGKAH KE HADAPAN DEMI PEMERKASAAN UMMAH

Sekitar Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Memorandum Perjanjian Pelantikan Mutawalli ini telah ditandatangani oleh Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Leftenan Jeneral Datuk Wira Arman Rumaizi Ahmad, Naib Canselor UPNM. Pada majlis tersebut juga UPNM turut menerima sijil lantikan ejen zakat dari Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.

Semoga jalinan kerjasama strategik ini membuka lembaran baharu serta membawa impak positif yang berterusan buat kedua-dua institusi, Insya-Allah.

TOP