MAIWP menerima kunjungan hormat delegasi Awqaf Africa bagi mengadakan perbincangan dua hala serta meneroka potensi kerjasama strategik yang menggabungkan kekuatan institusi MAIWP dengan pengalaman dan jaringan pembangunan Awqaf Africa.
Delegasi Awqaf Africa yang diketuai oleh Mr. Ibrahim Abdul Mugis, Presiden Awqaf Africa, bersama Prof. Dr. Hasni Mohammed, Board of Studies, PANEL@IHES Malaysia Education, Mr. Sheikh Abubakar Mohammed Gali dari Council of Ulema, Ghana.
Delegasi telah disambut oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, bersama wakil pengurusan MAIWP, PPZ-MAIWP dan UniMAIWP.
Antara bidang kerjasama yang dibincangkan merangkumi pemindahan pengetahuan (knowledge transfer), pembangunan kapasiti, khidmat nasihat teknikal, penyelidikan dan pembangunan berasaskan bukti serta perkongsian tadbir urus.
Kerjasama yang dicadangkan turut memberi penekanan kepada perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan zakat, wakaf, tadbir urus, pendidikan dan kewangan sosial, di samping pembangunan modal insan melalui latihan, pensijilan, biasiswa serta program pembangunan institusi.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina institusi yang lebih kukuh, memperkasa masyarakat serta mewujudkan impak yang mampan berteraskan prinsip “One Partnership, Two Regions, Infinite Impact.”
Kunjungan hormat ini turut membuka ruang pertukaran pandangan dan perkongsian pengalaman antara MAIWP dan Awqaf Africa dalam bidang-bidang yang mempunyai kepentingan bersama.







