16 TAN CILI, RM207,235 KEUNTUNGAN DAN KINI 5 EKAR

Apa yang bermula dengan 3 ekar menerusi Program Hijrah Asnaf Tanaman Fertigasi Cili MAIWP, kini berkembang kepada 5 ekar bagi Musim Kedua. Musim pertama menyaksikan 6 usahawan asnaf berjaya menghasilkan 16 tan (16,000 kg) cili dengan keuntungan keseluruhan RM207,235.

Kejayaan ini membuktikan bahawa apabila asnaf diberikan peluang, kemahiran dan bimbingan, mereka mampu membina sumber pendapatan sendiri. Dengan sokongan dana wakalah RM848,000 serta kerjasama strategik MAIWP, Agrobank (ACE) dan PPZ MAIWP, peserta bukan sahaja dibimbing dalam pertanian, malah turut diperkasa dalam aspek operasi, pemasaran dan keusahawanan.

Daripada penerima bantuan kepada penjana pendapatan sendiri, itulah hijrah sebenar. Matlamatnya adalah melahirkan asnaf yang berdikari, berdaya saing dan suatu hari nanti mampu beralih daripada penerima zakat kepada pembayar zakat. Setakat 14 Ogos 2026, MAIWP telah mengagihkan RM717,371,058 dana zakat melalui 38 Skim Bantuan, selain pelbagai inisiatif pembangunan asnaf.

Kejayaan ini diraikan menerusi Majlis Perasmian Tuai Hasil Program Hijrah Asnaf Fertigasi Cili MAIWP Kerjasama Strategik Agrobank Tahun 2026 yang disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, serta para peserta dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan inisiatif ini.

Inilah zakat yang bukan sekadar membantu, tetapi membina masa depan.

TOP