MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1448H/2026M

Penglibatan pelbagai agensi kerajaan dalam Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M mencerminkan rasa kasih serta kecintaan yang mendalam terhadap Nabi Muhammad SAW. Program bernilai ini turut diserikan dengan perbarisan daripada pelbagai sektor awam, termasuk penyertaan kontinjen Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Majlis berprestij ini disaksikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim bersama isteri, YABhg. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail. Turut menyertai majlis tersebut ialah Pengerusi MAIWP, YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, serta Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya.

Melalui tema "Menyemai Kecintaan, Meneladani Sunnah", perhimpunan ini diharap dapat menyemarakkan azam setiap individu untuk menjadikan kepimpinan dan akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan dalam menyempurnakan tugas.

TOP