SURAU JUMAAT DI BUKIT BINTANG

Alhamdulillah, Bukit Bintang telah mempunyai Surau Jumaat Sementara! 

Satu detik bersejarah telah tercipta di Bukit Bintang hari ini dengan berlangsungnya Majlis Pengumuman Solat Jumaat di Surau Jumaat Sementara Outreach Oasis Bukit Bintang. 

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Dengan pengumuman ini, Surau Jumaat sementara Outreach Bukit Bintang ini  bukan sahaja menjadi tempat solat berjemaah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan ummah, penyuburan kerohanian, dan gedung ilmu buat masyarakat sekeliling. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Talmizi bin Yahaya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan barisan pengurusan daripada MAIWP dan JAWI

Semoga kemudahan ini dimanfaatkan sebaiknya untuk mengimarahkan lagi syiar Islam di ibu kota.

TOP