KUNJUNGAN HORMAT NOBLE MALAYSIA KE MAIWP

Daripada memberi bantuan kepada membina insan.

MAIWP telah menerima kunjungan hormat delegasi NOBLE Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, Pengerusi dan Pengasas NOBLE Malaysia, bersama Ustazah Leena Idrus, Pengarah Operasi dan Special Task Force NOBLE Malaysia.

Delegasi telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Haji Yahya, bersama barisan pengurusan MAIWP bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan keluarga asnaf melalui pendekatan pembangunan insan yang holistik.

Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan masyarakat yang lebih berdaya tahan, berakhlak dan berjiwa ihsan.

TOP