Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, telah mengadakan lawatan kerja ke Masjid Bilal Bin Rabah, Tmn Koperasi Polis, Kuala Lumpur dan disambut mesra oleh YBrs. Encik Abdul Hafidz bin Abdul Manas selaku Pengerusi Masjid.
Lawatan kerja ini bertujuan meninjau dengan lebih dekat aspek pengurusan dan pentadbiran institusi masjid, di samping memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara MAIWP, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan pihak pengurusan Masjid Bilal Bin Rabah.
Sesi lawatan ini turut menjadi platform bagi semua pihak bertukar pandangan, berkongsi pengalaman serta membincangkan usaha memperkasa tadbir urus masjid agar terus berfungsi secara cemerlang, cekap dan berkesan dalam menyantuni keperluan umat Islam, khususnya di Wilayah Persekutuan.
Turut hadir bersama dalam sesi lawatan ini adalah YBrs. Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI, YBrs. Tuan Haji Jamali bin Mohd Adnan, Timbalan Pengarah (Operasi) JAWI, pegawai kanan MAIWP dan JAWI serta barisan Ahli Jawatankuasa Masjid Bilal Bin Rabah.
Semoga jalinan kerjasama ini terus memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat ibadah, pembangunan ummah dan penyatuan masyarakat.








