Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Peluncuran Waqaf Taqwa Berhad sebagai Mutawalli Wakaf MAIWP yang telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Turut hadir, Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP, Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP serta Tuan Haji Hanifuddin bin Roslan, Pengarah JAWI.
Majlis ini menandakan satu lagi langkah penting dalam memperkukuh tadbir urus dan pembangunan institusi wakaf di Wilayah Persekutuan. Semoga usaha ini terus membawa manfaat yang berpanjangan kepada ummah.







