MAIWP yang diketuai oleh YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP telah mengadakan pertemuan bersama pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bertujuan bagi mendapatkan pendedahan mengenai kepentingan ESG dalam memperkukuh tadbir urus, memupuk kelestarian organisasi serta meningkatkan impak sosial kepada masyarakat.
Melalui perkongsian pengalaman dan amalan terbaik oleh TNB, MAIWP berpeluang memahami pendekatan pelaksanaan ESG yang boleh dijadikan panduan dalam merangka inisiatif kelestarian yang selaras dengan fungsi dan tanggungjawab institusi.
Semoga sesi perkongsian ini menjadi titik permulaan kepada usaha memperkukuh budaya kelestarian, tadbir urus yang baik dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan demi manfaat ummah.





