PELANCARAN BARAKAH PIT STOP @ MASJID SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ, BANGSAR

Bukan sekadar tempat untuk berhenti seketika, BARAKAH Pit Stop diwujudkan sebagai ruang yang mendekatkan masjid dengan komuniti, khususnya para rider p-hailing dan pemandu e-hailing.

Pada hari ini, MAIWP bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Dengan kerjasama Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq,Bangsar dan Yayasan Food Bank Malaysia, telah melancarkan BARAKAH Pit Stop @ Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.

Lokasi ini merupakan BARAKAH Pit Stop kedua selepas Masjid Wilayah Persekutuan, berfungsi sebagai pusat sehenti dan ruang rehat buat komuniti rider, di samping menjadi medium mendekati golongan anak muda dengan masjid.

Dalam program ini, 70 rider p-hailing turut disantuni menerusi pemberian makanan berbungkus dan saguhati tunai. 

Melalui inisiatif ini, MAIWP terus memperluas peranan masjid sebagai pusat ibadah, dakwah, kebajikan dan sokongan komuniti yang dekat dengan denyut kehidupan masyarakat.

Terima kasih kepada seluruh pembayar zakat di Wilayah Persekutuan. Amanah anda terus diterjemahkan kepada manfaat yang sampai kepada mereka yang memerlukan.

TOP