YBhg. Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) seterusnya mengiringi YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beramah mesra bersama anak-anak Kompleks Darul Kifayah (KDK) MAIWP Cawangan Labuan.
Sesi ramah mesra tersebut berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan ceria sekali gus memberi peluang kepada YB Menteri untuk menyantuni serta berinteraksi secara lebih dekat bersama anak-anak KDK.
Turut bersama, YAA Dato’ Mohd Amran Mat Zain, Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syarie Malaysia, YBhg. Tuan Haji Hanifuddin Roslan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg. Tuan Haji Mohd Fauzi Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIWP dan YBrs. Ustaz Mohd Rafie Zakaria, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan serta ketua- ketua agensi agama Wilayah Persekutuan.





