KUNJUNGAN HORMAT MYPAC KE MAIWP
Bukan sekadar kunjung hormat, pertemuan antara MAIWP dan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) menjadi ruang untuk berkongsi aspirasi, meneroka peluang kerjasama dan memperkasa pendidikan sebagai pemangkin masa depan ummah.
Delegasi MyPAC yang diketuai Yang Berbahagia Datuk Zaiton Mohd Hassan, Chief Executive Officer, telah disambut baik oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Saifuddin bin Hj Md Tahir, Pengurus Kanan Bahagian Agihan Zakat MAIWP di Ibu Pejabat MAIWP.
Pertemuan ini turut mengetengahkan inisiatif MyPAC dalam melahirkan lebih ramai Akauntan Profesional Bumiputera, khususnya dalam kalangan pelajar daripada latar belakang kurang berkemampuan.
Kerana pendidikan bukan sekadar tentang memperoleh ilmu, tetapi tentang membuka peluang, mengubah kehidupan dan membina generasi yang mampu mengangkat ekonomi ummah.
TOP