GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM MUSA’ADAH TIJARIYYAH 2.0 BAITULMAL MAIWP
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM MUSA’ADAH TIJARIYYAH 2.0
BAITULMAL MAIWP
BIL |
PERKARA |
KETERANGAN |
1. |
Syarat dan Kaedah Permohonan |
- Warganegara Malaysia - Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang- kurangnya 1 tahun - Mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan :- - Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan - Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan - Salinan lengkap SSM yang masih aktif - Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB) - Borang Permohonan boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my / boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA). - Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021. - Lokasi penghantaran borang :-
- Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan. |
2. |
Lokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan |
i. Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan ii. Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
|
3. |
Perniagaan adalah sumber utama pendapatan |
Sepenuh masa menjalankan aktiviti perniagaan dengan melakukan pengisytiharan melalui akuan sumpah |
4. |
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Berdaftar sekurang-kurangnya 02 bulan dari tempoh permohonan dan SSM masih aktif |
5. |
Perniagaan yang dibenarkan |
i. Makanan dan minuman ii. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah) iii. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan) iv. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan |
6. |
Bantuan diberi dalam bentuk modal pusingan |
Jumlah bantuan RM3,000.00 |
7. |
Sejarah Bantuan |
Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari Tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0 |