Program Tunas Usahawan Baitulmal

Saiz Tulisan :

BANNER TUNAS USAHAWAN

 

Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:

1. Warganegara Malaysia berumur di antara 18 - 40 TAHUN pada tarikh tutup permohonan.

2. Telah mendaftarkan perniagaan kurang-kurangnya 6 bulan/ jika belum mendaftarkan perniagaan, telah menjalankan operasi perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan .

1. Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
2. Keutamaan adalah kepada penerima bantuan Baitulmal (MAIWP)
3. Bagi graduan institusi pengajian atau pusat perlindungan di bawah kelolaan MAIWP mestilah telah menamatkan pengajian dan memulakan perniagaan atau telah mendaftarkan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika terpilih surat pengesahan tamat tempoh pengajian adalah diperlukan

3. Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal dan lasak

1. Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan);
2. Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
3. Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.

4. Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;

1. Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon

5. Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik/ anak hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan

1. Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik/ anak untuk setiap pengambilan.

6. Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta;

 

| Muat Turun Borang permohonan  :  apple touch icon 57x57 Borang Permohohonan Tunas Usahawan Baitulmal |

 

--

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP