Saiz Tulisan :

katarak

Katarak

PENGENALAN

Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang merupakan satu lagi prasarana yang berjaya ditubuhkan hasil kerjasama strategik di antara MAIWP dan Kementerian Kesihatan menerusi Hospital Selayang di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Ia beroperasi di Jalan 3/3C, Sri Utara, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Hospital Selayang yang menjadi tempa rujukan pesakit katarak menerima bilangan pesakit yang tinggi untuk menjalani pembedahan. Kekurangan ruang, kelengkapan dan peralatan menyebabkan pesakit katarak terpaksa menunggu sehingga tempoh setahun sebelum pembedahan dapat dilaksanakan.

Oleh itu, MAIWP telah menghulurkan kerjasama dengan menyalurkan dana zakat sebanyak RM9.8 juta bagi mengubahsuai premis bangunan menjadi sebuah pusat pembedahan yang dilengkapi dengan peralatan pembedahan yang canggih dan terkini. Manakala Kementerian Kesihatan menerusi Hospital Selayang telah menyediakan tenaga-tenaga pakar bagi memberikan perkhidmatan perubatan.

Pusat ini telah mula beroperasi pada 16 Januari 2013.Dengan tertubuhnya Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang ini, maka tempoh menunggu pesakit katarak untuk menjalani pembedahan dipercepatkan kepada 2 minggu.

Perasmiannya telah disempurnakan pada 6 Februari 2014 secara bersama antara YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) merangkap Pengerusi MAIWP dan YB. Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia.

Di atas manfaatnya yang besar kepada rakyat, maka Pusat Pembedahan Katarak MAIWP-Hospital Selayang telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Jabatan Perdana Menteri kategori Non ICT dalam Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) 2015 pada 29 September 2015.

Maklumat lanjut mengenai Pusat Pembedahan Katarak ini boleh dilayari di Hospital Selayang

LOKASI

location Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang,
No 11, Jalan 3/3C,
Sri Utara, Off,
Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur,
Malaysia
phone +603-6251 2393
phone Maklumat lanjut mengenai Pusat Pembedahan Katarak MAIWP - Hospital Selayang

GALERI / VIDEO

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP