PENGENALAN
MAIWP telah bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Perdana Menteri untuk membuka sebuah pusat bersalin dikenali sebagai Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia MAIWP-Hospital Putrajaya (PBBR1M)
Cadangan pembukaan PBBRIM timbul apabila Hospital Putrajaya tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi bagi menampung kes kelahiran yang semakin meningkat menyebabkan kesesakan berlaku di wad dan menimbulkan ketidakselesaan kepada pesakit.
Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, Hospital Putrajaya telah mencadangkan untuk membuka sebuah pusat yang menyediakan kemudahan bersalin khusus kepada ibu-ibu yang berisiko rendah semasa melahirkan anak. Dengan pembahagian ini, Hospital Putrajaya hanya memfokuskan kepada ibu mengandung yang berisiko tinggi dan ini akan mengurangkan jumlah pesakit yang datang ke Hospital Putrajaya seterusnya mengatasi masalah kesesakan di wad bersalin.
Bagi pembukaan sebuah pusat seperti yang dicadangkan, kos yang tinggi diperlukan bagi pembinaan bangunan baru. Dalam hal ini, JPM menerusi Bahagian Pembangunan Hartanah telah menawarkan sebuah pangsapuri di Presint 8, Putrajaya untuk diubahsuai menjadi sebuah pusat bersalin. Bagi mengatasi masalah kos, maka MAIWP telah menyalurkan peruntukan zakat sebanyak RM3.26 juta dan peruntukan tersebut telah digunakan bagi mengubahsuai pangsapuri berkenaan kepada sebuah pusat bersalin yang menyediakan kemudahan yang selesa dan kondusif serta dilengkapi peralatan perubatan yang moden dan terkini. Kementerian Kesihatan menerusi Hospital Putrajaya pula akan menyediakan tenaga-tenaga pakar bagi memberikan perkhidmatan perubatan.
Akhirnya PBBR1M telah berjaya dibuka pada Januari 2012 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 19 April 2012.
Objektif penubuhan PBBR1M adalah menyediakan kemudahan kelahiran untuk kes-kes bersalin berisiko rendah dan memberikan pengalaman kelahiran dalam suasana selesa dan kondusif yang bersifat kelahiran di rumah.
Pembukaan PBBR1M ini keseluruhannya hanya menelan belanja kurang daripada RM12 juta yang merangkumi kos-kos perolehan peralatan perubatan, bukan perubatan dan kenderaan serta pengubahsuaian bangunan. Jumlah ini jauh lebih rendah berbanding kos pembinaan sebuah pusat bersalin selain memakan masa yang lebih lama.
Manfaatnya kini dinikmati oleh rakyat Malaysia. Maklumat lanjut mengenai PBBR1M boleh dilayari di http://www.hpj.gov.my atau boleh dihubungi di 03-88924333.
LOKASI
![]() |
Pusat Bersalin Berisiko Rendah, Hospital Putrajaya, Presint 8, 62250 Putrajaya, Malaysia |
![]() |
+60 3-8892 4333 |
![]() |
Maklumat lanjut mengenai Pusat Bersalin Berisiko Rendah MAIWP - Hospital Putrajaya |
GALERI / VIDEO