Saiz Tulisan :

kedaimaiwp

kedai

PENGENALAN

Kerajaan pada Julai 2011 telah mengumumkan untuk memerangi kos sara hidup yang kian meningkat dijadikan sebagai petunjuk ketujuh dalam Bidang Keberhasilan Utama (NKRA). Kajian telah menunjukkan bahawa golongan berpendapatan rendah memperuntukkan 94% pendapatan untuk perbelanjaan keperluan asas.

Menyedari hakikat ini, MAIWP sebagai sebuah agensi yang antara objektifnya adalah memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan, melihat langkah kerajaan untuk memperbanyakkan kedai rakyat 1 Malaysia sebagai ruang dan peluang untuk berada di barisan hadapan bagi merealisasikan hasrat kerajaan tersebut.

Melalui perkongsian pintar antara MAIWP, Jabatan Wakaf, Zakat Dan haji (JAWHAR), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri (JPM) bersama-sama dengan pihak Mydin Mohamed Holdings Bhd. (MYDIN) telah bersama-sama merancang dan melaksanakan penubuhan Kedai Rakyat MAIWP.

Dengan itu tertubuhlah Kedai Rakyat MAIWP (KRM) pada 27 September 2011 bertempat di Presint 5, Putrajaya dengan slogan ‘Bersama Menyantuni Rakyat’.

MAIWP selepas itu terus berusaha membuka lebih banyak cawangan KRM di lokasi-lokasi lain yang strategik menerusi syarikat miliknya, MAIWP Dagang Sdn. Bhd.

LOKASI

location Kedai Rakyat MAIWP Presint 5,
KA-03 (BLOK 4) Apartment Fasa 5R6, Jalan Presint 5, 62200 Putrajaya, Malaysia
phone  +6019-6249442
phone  9 AM – 10 PM

location Kedai Rakyat MAIWP Presint 9,
Aras Bawah, Blok B2, Pangsapuri Kerajaan Fasa 8, (PT 1452) Jalan P9C, Presint 9, 62250 Putrajaya, Malaysia
phone  -
phone  9 AM – 10 PM

location Kedai Rakyat MAIWP Tasik Permaisuri,
Lot 6456, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56100 KUALA LUMPUR, Malaysia
phone  -
phone  9 AM – 10 PM

GALERI / VIDEO

kedaimaiwp1.jpgkedaimaiwp10.jpgkedaimaiwp11.jpgkedaimaiwp12.jpgkedaimaiwp2.jpgkedaimaiwp3.jpgkedaimaiwp4.jpgkedaimaiwp5.jpgkedaimaiwp6.jpgkedaimaiwp7.jpgkedaimaiwp8.jpgkedaimaiwp9.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!