Objektif, Visi dan Misi
OBJEKTIF
Membentuk dan mewujudkan sebuah masyarakat Islam yang dinamis dan progresif yang sentiasa mencari keredhaan Allah. Memupuk keimanan dan mengukuhkan ukhuwwah Islamiah di kalangan orang-orang Islam di Wilayah Persekutuan khasnya dan Malaysia amnya bagi mencapai perpaduan ummah. Memperbanyakkan usaha-usaha kebajikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat Islam. Melaksanakan usaha-usaha menambah harta MAIWP melalui pelaburan dan usaha-usaha halal yang lain bagi faedah umat.
VISI
Peneraju dalam pembangunan dan kesejahteraan ummah
MISI
Merealisasikan agenda pembangunan ummah secara terancang dan menyeluruh
SLOGAN
Memacu Kegemilangan Ummah
STRATEGI
- Menyediakan kemudahan pendidikan agama yang secukupnya bagi keperluan umat Islam.
- Menyediakan kemudahan tempat-tempat beribadat secukupnya bagi keperluan umat Islam.
- Meluas, meninggikan mutu perkhidmatan dan kebajikan agama.
- Memperluaskan kegiatan dakwah termasuk membantu dan memandu kegiatan badan-badan dakwah.
- Memperbanyak dan memajukan tanah-tanah wakaf.
- Mempertingkatkan kegiatan kutipan zakat.
- Menguatkuasakan segala aspek undang-undang pentadbiran agama Islam.
- Mempertingkatkan kegiatan ekonomi dalam bidang perniagaan, pembangunan dan pelaburan.