Kaffarah

Saiz Tulisan :

kaffarah

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Kaffarah yang dibayar kepada MAIWP dimasukkan kedalam akaun khas amanah Kaffarah yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Wilayah Persekutuan.

JENIS-JENIS KAFFARAH

Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin (bersedekah) ialah:

1.Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar.

  1. Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.
  2. Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 60 orang = RM 600.

2.Kaffarah Melanggar Sumpah dan tidak menunaikan nazar

  1. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 10 orang = RM 100 ); atau
  2. Memberi pakaian kepada fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600 ).

3.Kaffarah persetubuhan isteri ketika haid.

  1. Tidak diwajibkan membayar kaffarah. Walaubagaimanapun sekiranya pelaku ingin membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan kadar satu (1) Dinar* atau ½ Dinar mengikut harga semasa.
  2. Satu (1) Dinar bersamaan 4.25 g emas sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Contoh :-

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.

  1. 60 hari x RM 10.00 = RM 600.00

PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIWP

Perkiraan boleh dibuat di Unit Sumber Am Baitulmal dan bayaran kaffarah boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kiraan Kaffarah :