Bantuan Takaful Asnaf

Saiz Tulisan :

Bantuan Takaful Asnaf diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan sahaja bagi meringankan beban asnaf yang ditimpa kemalangan dan kematian.

Syarat Umum

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  • Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)

Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan 

Keluarga bercerai.

: Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
Ahli keluarga telah meninggal dunia. : Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri.
Saudara baru. : Satu salinan kad memeluk Islam.
Orang Kelainan Upaya. : Salinan kad orang kelainan upaya (OKU).
Pengidap sakit kronik. : Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
Sedang mengikuti pengajian di IPT. : Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar.
Keluarga bermasalah. : Satu salinan laporan polis/ surat penjara.
Muflis. : Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!