Bantuan Takaful Asnaf
Bantuan Takaful Asnaf diberikan kepada penerima bantuan kewangan bulanan sahaja bagi meringankan beban asnaf yang ditimpa kemalangan dan kematian.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai. |
: | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia. | : | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru. | : | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | : | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik. | : | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | : | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah. | : | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | : | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Memacu Kegemilangan Ummah