PENGENALAN
Darul Kifayah telah ditubuhkan pada tahun 1983. Ia bertujuan bagi menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baru dan pelajar-pelajar miskin dengan mengadakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama dan akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.
Darul Kifayah mula beroperasi di Kampung Batu, Batu 5, Jalan Ipoh. Pada tahun 1992, Darul Kifayah telah dipindahkan buat sementara dari Kampung Batu ke Taman Bukit Anggerikk, Cheras bagi membolehkan pembinaan bangunan baru dilaksanakan.
Kompleks ini kemudiannya dipindahkan semula ke Kampung Batu mulai Oktober 1993 setelah projek pembinaan siap. Perasmian bangunan baru Darul Kifayah telah dirasmikan oleh YAB. Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad (kini Tun), Perdana Menteri Malaysia Ke-4 pada 5 Januari 1996.
Pada 17 Disember 2007, Darul Kifayah telah berpindah ke premis MAIWP di Lot 28188, Jalan 36/10, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur yang beroperasi sebagai Dar Assaadah. Perpindahan dibuat bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Kompleks ini siap dibina pada awal tahun 1999 dan mampu menampung sehingga 500 orang penghuni.
Darul Kifayah telah dinaiktaraf infrastrukturnya dengan pembinaan blok baru termasuk Surau Jumaat. Pembangunan ini dibuat bagi memberi keselesaan dan mampu menampung sehingga 750 orang jemaah.
VISI
Menyediakan penempatan sementara yang kondusif dan kemudahan pendidikan yang sempurna kepada golongan sasaran dalam usaha untuk melahirkan individu muslim yang berakhlak mulia dan berketerampiran.
MISI
Menjadi sebuah rumah perlindungan contoh diseluruh Malaysia dan bertaraf dunia.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia
- Beragama Islam
- Berumur di antara 11 hingga 17 tahun
- Masih bersekolah dan mempunyai latarbelakang akademik yang baik
- Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik
- Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
- Tidak mempunyai rekod jenayah atau salahlaku akhlak
- Tidak mempunyai kecacatan mental
KEMUDAHAN
- Blok Pentadbiran
- Blok Akademik
- Blok Penginapan Pelajar Lelaki
- Blok Penginapan Pelajar Perempuan
- Dewan Serbaguna yang dapat menampung 1000 orang
- Makmal Komputer
- Perpustakaan
- Surau Jumaat
- Blok Kuarters Kakitangan 5 tingkat (20 unit)
- 5 Unit Kuarters Kakitangan
- Post Kawalan Keselamatan
- Padang Permainan
- Padang Bola Jaring
- Gelanggang Badminton & Takraw
- Pembiayaan kos persekolahan yang menyeluruh
- Makan Minum Harian
- Pengangkutan pergi balik sekolah
- Bantuan pakaian Hari raya
- Bantuan perubatan dan lain-lain
PROSEDUR PERMOHONAN
- Mengisi borang permohonan kemasukan Darul Kifayah dengan lengkap.
- Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan ke Pejabat Pentadbiran Darul Kifayah.
- Menghadiri sesi temuduga bagi yang layak.
- Surat tawaran hanya akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya sahaja.
MUAT TURUN BORANG DISINI
GALERI / VIDEO
ALAMAT
Kompleks Darul KifayahLot 28188, Jalan 36/10,Taman Koperasi Polis Fasa 2Batu Caves68100 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 6188 4844No. Faks : 03- 6188 7195