INSTITUSI PENDIDIKAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08


Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti. Idea awal penubuhan IKB telah dicetuskan oleh YB. Datuk (kini Tan Sri) Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu. Pada awal penubuhannya IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Melihat perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, maka nama tersebut ditukar kepada IKB pada tahun 1995 sempena 5 tahun IKB ditubuhkan pada ketika itu oleh YB. Dato' (Kini Tan Sri) Dr. Abdul Hamid bin Othman (Allahyarham). Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). VISI
- Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam
- Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam menerusi:
- Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif
- Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri
- Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju
- Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
- Membimbing pelatih-pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis).
- Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.
- Sihat tubuh badan & berminat .
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
- Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
- Menghadiri sesi temuduga (ujian lisan) bagi yang layak.
- Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
- SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
- Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
- Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB
- Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
- SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan
- Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
- Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
- Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
- Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
- Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
- SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
- SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita
- Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan
- Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
- Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB
- Blok akademik dan pentadbiran
- Blok asrama yang dapat menampung 300 hingga 350 orang.
- Dewan serbaguna yang dapat menampung 500 orang.
- Kemudahan perpustakaan.
- Kemudahan peralatan dan bahan kursus.
- Kelengkapan pakaian seragam kepada setiap pelajar.
- Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.


PENGENALAN
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP) ditubuhkan hasil daripada Mesyuarat MAIWP Kali Ke-96 yang bersidang pada 28 Julai 2006 yang bersetuju agar MAIWP menubuhkan sekolah di Wilayah Persekutuan. Objektif penubuhan sekolah ini ialah bagi membuka peluang kepada para pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) melanjutkan pelajaran di peringkat menengah sebagai kesinambungan pendidikan agama di sekolah-sekolah rendah agama di Wilayah Persekutuan. Selain itu, ia juga bagi menampung permintaan masyarakat yang tinggi terhadap sekolah menengah agama.
SMA MAIWP mula beroperasi pada 22 Januari 2007 di premis sementera di satu blok bangunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Othmaniah, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan kekuatan tenaga pengajar seramai 23 orang, 7 orang kakitangan dan 183 orang pelajar yang telah dipilih bagi sesi pertama persekolahan 2007. Pada Jun 2013, SMA MAIWP telah berpindah ke premis tetap di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Pada 25 Oktober 2010, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMA MAIWP sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang melaksanakan kurikulum kebangsaan yang diintegrasikan dengan kurikulum thanawi.
Bermula tahun 2015, SMA MAIWP telah melaksanakan Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) yang telah diperkenalkan oleh KPM. Pada peringkat awal, pelaksanaan ini hanya melibatkan murid-murid tingkatan 1 sahaja.
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
MOTO
"Berilmu Beramal"
SYARAT PERMOHONAN
- Mendapat 5A dalam UPSR dan 7A dalam UPSRA.
- Mempunyai kebolehan membaca Al-Quran dan menulis jawi dengan baik.
- Lulus temuduga kemasukan yang telah ditetapkan oleh sekolah.
- Bagi golongan Asnaf yang berdaftar dengan Baitulmal, mendapat sekurang-kurangnya 3A dalam UPSR dan 5A dalam UPSRA.
KEMUDAHAN
- Blok Akademik
- Blok Asrama 10 Tingkat
- Dewan Serbaguna
- Auditorium
- Perpustakaan
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Surau
- Taman Riadah
- Padang Bola Sepak
- Gelanggang Futsal
- Gelanggang Takraw
PROSEDUR PERMOHONAN
Semua permohonan hendaklah dilakukan secara online.
Rujuk laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (SPI JPWP) .
ALAMAT
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (SMA MAIWP)
Sekolah Kluster Kecemerlangan No. 2 Jalan Sri Permaisuri Bandar Sri Permaisuri 56000 CherasKuala Lumpur
No Telefon : 03-91713661No Faks : 03-91712661
PENGENALAN
SMA MAIWP Labuan ditubuhkan atas cetusan idea Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dimaklumkan kepada mesyuarat di dalam program Semarak Rahmat Kasih pada 28 Mac 2010. Ia adalah merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi. SMA MAIWP Labuan adalah merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007. Lokasi SMA MAIWP Labuan bertempat di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.
VISI
Menjadikan SMA MAIWP Labuan sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Wasatiyyah dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah selaras dengan pendidikan negara.
MISI
MOTO
Berilmu & Beramal
OBJEKTIF
KELEBIHAN
SYARAT PERMOHONAN
KEMUDAHAN
PROSEDUR PERMOHONAN
GALERI / VIDEO
ALAMAT
Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan
Kg. Lubok Temiang Peti Surat
8104387021 Wilayah Persekutuan Labuan
No. Tel : 087-466332 No. Faks : 087-466334

PENGENALAN Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) mula beroperasi pada 3 Januari 2011 di bangunan sementara iaitu berkongsi bangunan Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP) di Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dengan pengambnilan pelajar seramai 55 orang. Penubuhan SMISTA sebagai sekolah akademik dan tahfiz yang pertama di Wilayah Persekutuan ini adalah hasil Mesyuarat MAIWP Kali Ke-94 pada 27 Julai 2009. Penubuhannya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz di peringkat Wilayah Persekutuan, terutamanya di Kuala Lumpur. Dasar yang dilaksanakan di sekolah ini adalah berteraskan 2 kurikulum iaitu Kurikulum Perdana dan Kurikulum Tahfiz. Pada 6 Ogos 2014, MAIWP menanda tangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menjadikan SMISTA sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga hari ini, jumlah pelajar SMISTA adalah seramai 296 orang manakala bilangan guru seramai 30 orang dan 7 orang staf. VISI Membentuk generasi Al-Quran yang intelek bertaqwa dan berdaya saing dalam era globalisasi MISI Membangunkan potensi diri secara menyeluruh ke arah pemurnian jiwa selaras dengan prinsip Al-Quran dan Al-Sunnah untuk melahirkan generasi rabbani yang seimbang MOTO Intelek, Dinamik, Quranik OBJEKTIF
- Melahirkan individu Muslim yang berilmu, berkemahiran tinggi, beriman, bertaqwa dan bertanggung jawab kepada agama, bangsa dan negara.
- Melahirkan individu Muslim yang mempunyai daya tahan dan daya juang yang tinggi untuk membangunkan ummah dan menegakkan keagongan dan kesucian Islam.
- Melahirkan generasi Ulul Albab yang memahami dan sentiasa menghayati tuntutan Al-Quran dalam segenap aspek kehidupan.
- Melahirkan modal insan kelas pertama yang cemerlang bukan sahaja di dunia mahupun di akhirat.
- Warganegara Malaysia.
- Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
- Minat dan mahir dalam Pengajian Al-Quran, tilawah dan hafazan.
- Pencapaian 5A dalam UPSR atau minimum 4A 1B, 5A atau Mumtaz dalam UPSRA/PSRA dan yang setara dengannya.
- Bagi anak asnaf penerima bantuan bulanan Baitulmal MAIWP, syarat minimum untuk kemasukan adalah sekurang-kurangnya UPSR 3A atau Jayyid Jiddan dalam UPSRA/PSRA.
- Lulus ujian bertulis dan syafawi.
- Blok Akademik
- Blok Asrama
- Dewan Serbaguna
- Perpustakaan
- Makmal Komputer
- Makmal Sains
- Surau
- Taman Riadah
- Padang Bola Sepak
- Gelanggang Futsal
- Gelanggang Takraw
- Mengisi borang permohonan kemasukan SMISTA dengan lengkap secara atas talian.
- Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
- Menghadiri sesi temuduga (ujian hafazan dan ujian bertulis) bagi yang layak.

PENGENALAN
Idea penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah (PMA) telah dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al- Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan untuk melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi.
Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil. 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah.
Majlis Pelancaran Pondok Moden Al-'Abaqirah telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 1 Julai 2015.
PMA telah mula beroperasi secara rasminya pada 16 Ogos 2015 di Bangunan Darul Hidayah, Kg. Baru dengan jumlah bilangan pelajar seramai 44 orang. Pada 2 Februari 2016, PMA menerima kemasukan pelajar kali ke-2 seramai 108 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang meningkat PMA telah berpindah ke Bangunan Kompleks Darul Kifayah di Koperasi Polis, Fasa 2 Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembangunan PMA pada masa akan datang akan dilaksanakan di tapak milik MAIWP di Setiawangsa. Pada masa ini, pelajar PMA mempunyai seramai 205 orang yang mengikuti kelas pengajian di tahun 1 ,tahun 2 dan tahun 3.
Pondok ini dinamakan Moden Al-'Abaqirah berasaskan kepada perkataan Al-'Abaqirah dalam bahasa arab yang bererti abqari iaitu genius atau teramat pintar. Antara ciri-ciri abqari itu ialah kecerdikan yang luar biasa, pantas membuat keputusan, tekun dan teliti dalam sebarang tindakan, memahami hikmah dan maslahat. Begitu juga sentiasa melihat dalam bentuk yang lebih luas dan jelas. Harapannya agar pelajar yang melalui sistem pembelajaran di pondok ini akan dapat menjadi tokoh ilmuan Islam yang benar-benar genius dan bijaksana. Hal ini akan dapat direalisasikan apabila paduan kerjasama yang erat antara guru, pentadbir dan juga pelajar disamping ibu bapa yang mahu mencipta kejayaan dengan masing-masing mengembeling seupaya tenaga, ilmu dan pemikiran untuk menzahirkannya. FALSAFAH Mewujudkan pelajar yang penuh keilmuan dengan ketaqwaan serta memiliki akhlak yang unggul dan berprofesionalisme. VISI
Melahirkan tokoh yang benar-benar berwibawa dan pakar rujuk dalam pelbagai bidang ilmu agama. MISI Menjadikan pendidikan pondok terbaik yang mampu melahirkan golongan Al-’Abaqirah yang menguasai pelbagai disiplin ilmu dan pendidikan yang bersepadu. MOTTO "Taqwa, Bijaksana, Keluhuran Peribadi"
OBJEKTIF
Penubuhan PMA memfokuskan kepada objektif seperti berikut :
- Melahirkan ulama’ rabbani yang pakar dalam bidang agama dan kehidupan.
- Mengisi kepakaran Islam dalam pelbagai disiplin ilmu seperti syariah, akidah, akhlak (tasawuf), muamalat dan lain-lain. Disamping mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk transformasi dan moden.
- Melahirkan “faqih yang bersifat pendakwah dan pendakwah yang bersifat faqih” agar keperluan mengkaji kitab-kitab turath dalam bentuk tranformasi dan moden dan dalam saat yang sama mementingkan sahsiah dan ilmu para ulama’ terdahulu agar keberkatan ilmu sentiasa wujud.
- Sebagai barisan pelapis kepada Ashab Al-Samahah Mufti, hakim syarie dan juga pakar rujuk di Malaysia dan negeri-negeri amnya.
- Mengemukakan di pentas dunia Islam dan dunia watak sahsiah dan ilmiah seperti Dr. Yusuf al-Qaradawi, Maulana Abi Hassan al-Nadwi, Dr. Wahbah al-Zuhaili dan lain-lain yang menjadi bintang dan pelita kepada ummah pada masa kini.
Syarat pengambilan terbuka kepada lepasan pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan PT3 atau setaraf dengannya. Antara syarat berikut adalah:
- Pelajar lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia),atau
- Keutamaan adalah bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan, dan
- Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4, dan
- Pemohon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 7A dalam PT3 (Gred A dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab), atau
- Menghafaz 15 juzuk Al-Quran dan
- Berminat dalam pengajian turath ‘arabi dan turath jawi
- Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik
- Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum
- Pemohon yang layak akan dipanggil temuduga
- Lulus ujian temuduga lisan dan bertulis
Pengajian PMA mempunyai 8 semester dalam tempoh pengajian 4 tahun. Jadual pengajian bermula seawal 5.00 pagi sehingga 11.00 malam.
PMA menggunakan 4 kurikulum utama iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Turath Arabi, Turath Jawi dan Hafazan Al-Quran.
Antara kitab pengajian yang digunapakai adalah seperti berikut:
1. Turath Arabi
- Al-Hikam Wa Al-Amthal
- Al-Insya' Wa Al-Imla'
- Durus Al-Lughah Al- Arabiyyah
- Matan Al-Ajrumiyyah
- Matan Al-Bina'
- Al-Ba'ith Al-Hasis
- Mulakhos Qawa'id Al-Lughoh Al-Arabiyyah
- Al-Warakat
- Tafsir Al-Jalalain
- Matan Abi Syuja'
- Mukhtashor Ibn Abi Jamrah
- Nuzhah Al-Nazor
- Aqidah Al-Nawwam
- Manzumah Baiquniah
2. Turath Jawi
- Matan Al-Arba'in Al-Nawawiyyah
- Hidayah Al-Salikin
- Bidayatul Hidayah (Akhlak)
- Ayyuhal Walad
- Tuhfah Al-Sibyan
- Bidayatul Hidayah (Tauhid)
- Riyadhussolihin
- Tanbih Al-Ghafilin
- Muniyatul Musholli
- Sairus Salikin
- Bahrul Mazi
- Furu Al-Masail
- Penawar Bagi Hati
- Pelita Penuntut
- Mengisi borang permohonan kemasukan PMA dengan lengkap secara atas talian.
- Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
- Menghadiri sesi temuduga (ujian bertulis dan ujian lisan) bagi yang layak.
ALAMAT
Pondok Moden Al-'Abaqirah
D/A Kompleks Darul Kifayah Lot 28188, Jalan 36/10,Taman Koperasi Polis Fasa 2 Batu Caves 68100 KUALA LUMPUR

Idea asal cadangan penubuhan Markaz Sunnah Nabawiyah (MSN) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dicetuskan oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan hasil daripada permintaan masyarakat dan hasrat beliau untuk melahirkan cendekiawan Islam yang pakar dalam ilmu Hadis.
Hasil daripada cetusan idea tersebut, lawatan awal telah dibuat oleh Sahibul Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan sendiri ke Madinah al-Munawwarah pada bulan Jun 2016 menziarahi Pakar Hadis Sheikh ‘Allamah Muhammad ‘Awwamah.
Beliau juga telah berjumpa sendiri dengan pakar Hadis Pakistan iaitu Maulana Zulfiqar di Kuala Lumpur pada Julai 2016.
Lawatan dan perbincangan juga telah dibuat bersama tokoh-tokoh Hadis di Malaysia seperti Dr Fauzi Deraman, bekas pensyarah Universiti Malaya, Sheikh Tawfiq Dhamrah, pakar al-Quran yang berasal daripada Jordan di Masjid Nilai dan beberapa tokoh-tokoh lain. Begitu juga beliau sempat melawat ke madrasah di Sri Petaling yang mengandungi pembelajaran ilmu Hadis.
Hasil daripada lawatan dan perbincangan tersebut, cadangan penubuhan MSN ini akan dilaksanakan dengan cadangan sistem pembelajaran yang ditambah baik berdasarkan sistem pendidikan Darul Hadis yang sedia ada.
Idea penubuhan MSN ini telah dibawa, dibincangkan serta diluluskan penubuhannya dalam Mesyuarat MAIWP Kali ke-137 Bil.3 Tahun 2016 pada 30 September 2017. KONSEP PELAKSANAAN MSN Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu: 1. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM. 2. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan. 3. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu. 4. Pengajian kitab-kitab hadis turath dan juga kontemporari. KEISTIMEWAAN MSN Antara keistimewaan MSN adalah: 1. Sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menjalankan pengajian berasaskan turath hadis. 2. Pengajian di bawah seliaan sepenuhnya oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan. 3. Kos pengajian ditanggung oleh pihak MAIWP. 4. Pelaksanaan jadual penuh bermula pagi hingga malam. VISI
- “Melahirkan tokoh yang pakar dalam bidang Hadis dengan kefahaman yang sahih”.
- “Menjadikan Markaz Sunnah Nabawiyah mampu melahirkan golongan cerdik Hadis dan sunnah sebagai jambatan menguasai pelbagai disiplin ilmu”.
- “Faham, Hidayah, Dakwah”.
- Syarat umum pengambilan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 4 yang telah menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau setaraf dengannya.
- Syarat-syarat adalah seperti berikut:
- 1. Lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu- bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia), atau
- 2. Keutamaan adalah bagi yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu (1) tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
- 3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4.
- 4. Pemohon hendaklah mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam PT3 (Sekurang-kurangnya Gred B dalam matapelajaran Pendidikan Islam dan Bahasa Arab).
- 5. Keutamaan diberikan kepada calon yang telah berjaya menghafaz Al-Quran sebanyak 15 juzuk dan ke atas. (sila lampirkan sijil yang berkaitan).
- 6. Berminat dalam pengajian turath ‘arabi.
- 7. Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik.
- 8. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
- 9. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga dan ujian bertulis.
- Lulus sesi temuduga dan ujian bertulis.
![]()


Tadika Islam telah diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berkuatkuasa pada 1 Januari 2009. Ini berdasarkan keputusan Mesyuarat MAIWP kali ke-104 tahun 2008. Serentak dengan itu, 78 buah tadika islam iaitu 74 buah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta 4 di Wilayah Persekutuan, Labuan ditadbir secara langsung oleh MAIWP.
Majlis penyerahan secara rasminya telah disempurnakan pada 18 Mac 2009 yang disempurnakan oleh YB. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP ketika itu. Simbolik penyerahan ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Meharomi bin Haji Muhamad, Timbalan Pengarah (pengurusan) JAWI kepada YBhg. Tuan Haji Anan bin C. Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan Tadika Islam adalah seperti berikut:
1. Melaksanakan program pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun dengan mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
2. Menyediakan suasana pembelajaran yang berorientasikan "Belajar Melalui Bermain" (learning through play) dalam usaha mengembangkan kemahiran asas dan potensi kanak-kanak dalam segala aspek perkembangannya sebagai persediaannya untuk memasuki alam persekolahan yang sebenar (formal).
3. Memupuk dan melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif serta mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak.
4. Melahirkan generasi ulul albab yang cemerlang dan mempunyai sahsiah mulia di masa hadapan selaras dengan pembentukan modal insan yang berkualiti.
- Sesi 1 : 8.00 pagi – 12.00 tengahari
- Sesi 2 : 10.30 pagi – 2.30 petang
- Sesi 3 : 11.00 pagi – 3.00 petang
- Sesi 4 : 11.30 pagi – 3.30 petang
- Sesi 5 : 2.00 petang – 6.00 petang
- Sesi 6 : 2.15 petang – 6.15 petang
LOKASI
Terdapat 6 Zon Tadika Islam MAIWP diseluruh Wilayah Persekutuan iaitu:
KURIKULUM & KO-KURIKULUM
KURIKULUM
Skop kurikulum berpandukan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Terdapat 6 tunjang (subjek) utama iaitu:
- Komunikasi
- Kerohanian, Sikap dan Nilai
- Kemanusiaan
- Literasi Sains dan Teknologi
- Fizikal dan Estetika
- Ketrampilan Diri
- Pengajian Al-Quran, Bahasa Arab dan Tulisan Jawi (nilai tambah kepada Kurikulum Tadika Islam MAIWP bagi melahirkan generasi Ulul Albab)
Aktiviti Mingguan
- Kelas Fardhu Ain (Iqra’)
- Kelas Bahasa Inggeris
- Kelas Muzik Islam
Aktiviti Tahunan
- Lawatan Sambil Belajar
- Karnival Sukan (Potensi & Kebolehan)
- Hari-Hari Kebesaran Islam
- Festival Kesenian & Kebudayaan Islam (FKKI)
- Majlis Penganugerahan Pelajar Cemerlang Tadika Islam
- Mini Konvokesyen
- Belajar Melalui Bermain
- Pendekatan Bertema
- Pendekatan Bersepadu
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Pengelolaan Pengajaran dan Pembelajaran
- Aktiviti Kelas
- Aktiviti Kumpulan
- Aktiviti Individu
PENGENALAN
Pembangunan modal insan merupakan perkara yang diberi penekanan oleh MAIWP. Ia merupakan titik permulaan dalam bidang pendidikan yang telah diaturkan oleh MAIWP untuk melahirkan generasi Ulul- Albab dengan mengambil pendekatan agama sebagai asas teori dan praktikal dalam membentuk peribadi muslim seawal usia 2 hingga 4 tahun.
Bermula dengan nama Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam, ia mula beroperasi pada 1 Disember 1996 di bangunan pejabat lama Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Taman Maluri, Kuala Lumpur.
Penubuhannya adalah hasil cetusan idea YB. Dato' Dr. Abdul Hamid bin Othman, Pengerusi MAIWP pada masa itu. Pada awal penubuhannya Taska Darul Hannan diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan seterusnya diserahkan kepada MAIWP pada tahun 2008.
Pada 22 November 2007, Mesyuarat MAIWP Kali Ke-102 Bil. 4/2007 telah bersetuju menubuhkan satu lagi Taska Darul Hannan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Taska ini telah beroperasi pada 1 Julai 2009 dan telah dirasmikan oleh YB. Senator Dato' Dr. Masitah binti Ibrahim, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 25 Februari 2010.
SYARAT PENGAMBILAN
Syarat pengambilan seperti berikut: 1. Warganegara Malaysia 2. Beragama Islam 3. Berumur 2 hingga 4 tahun 4. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan.
WAKTU OPERASI Waktu beroperasi Taska Darul Hannan adalah seperti berikut: Hari : Isnin – Jumaat Masa : 7.30 pagi – 5.30 petang Tutup : Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
KEMUDAHAN Taska Darul Hannan dilengkapi dengan kemudahan seperti berikut: 1. Kemudahan Taman Permainan Mini bagi merangsang perkembangan kanak-kanak. 2. Sudut Audio Visual bagi proses pengajaran & pembelajaran kanak-kanak. 3. Alat Permainan Bertema untuk aktiviti pembelajaran kanak-kanak. 4. Kemudahan komputer dan perisian yang sesuai untuk kanak-kanak.
KURIKULUM
Taska Darul Hannan menggunapakai Kurikulum Bersepadu merangkumi Kurikulum PERMATA, Modul Asas Asuhan Kanak-kanak, Jabatan Kebajikan Masyarat disamping Modul Pendidikan Islam Taska Darul Hannan mulai 1 Julai 2009.
Kurikulum Bersepadu ini menyediakan pelbagai aktiviti dan kemudahan pendidikan bagi memastikan perkembangan kanak-kanak yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi. Kurikulum bersepadu ini yang dirangka bagi memenuhi perkembangan kanak-kanak secara lebih menyeluruh merangkumi perkembangan fizikal, bahasa, kognitif serta sosio-emosi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni serta perkembangan sosial kanak-kanak. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:
- Belajar Melalui Bermain.
- Menonton CD/TV (bersesuaian untuk kanak-kanak).
- Literasi Komputer (bersesuaian untuk kanak-kanak).
- Hafazan Surah-Surah Lazim dan Doa-Doa Harian.
- Pendidikan Asas Fardhu Ain (Akhlak, Ibadah, Aqidah, Sirah).
- Aktiviti Kreatif dan Kesenian.
- Pendedahan kepada Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris (Asas).
ALAMAT
Taska Darul Hannan beroperasi di alamat berikut:
Taska Darul Hannan (cawangan Masjid Wilayah) | Taska Darul Hannan (cawangan Institut Kemahiran Baitulmal) | |
Masjid Wilayah PersekutuanAnjung D, Jalan Duta50480 KUALA LUMPURNo. Tel : 03-62013339 No. Faks : 03-62012229 | Lot 1363, Jalan Perkasa Off Jalan kampong PandanTaman Maluri55100 KUALA LUMPURNo. Tel : 03-92810312 |