Saiz Tulisan :

pen smal

PENGENALAN

SMA MAIWP Labuan ditubuhkan atas cetusan idea Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B) Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dimaklumkan kepada mesyuarat di dalam program Semarak Rahmat Kasih pada 28 Mac 2010. Ia adalah merupakan tanda keperihatinan kerajaan dalam memenuhi hala tuju pendidikan Sekolah Rendah Agama Islam di Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak ke peringkat yang lebih tinggi. SMA MAIWP Labuan adalah merupakan cawangan SMA MAIWP Kuala Lumpur yang telah diwujudkan sejak tahun 2007. Lokasi SMA MAIWP Labuan bertempat di SMA MAIWP Labuan, Kampung Lubok Temiang, Peti Surat 81043, 87021 Wilayah Persekutuan Labuan.

VISI
Menjadikan SMA MAIWP Labuan sebagai sebuah institusi pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Wasatiyyah dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah selaras dengan pendidikan negara.

MISI

  • SMA MAIWP Labuan berusaha memberikan pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-
  • Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar Islam di Wliayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak.
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan sistem pendidikan negara.
  • Menyediakan prasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat.
  • Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana transformasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan  ahli agama, ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.

MOTO
Berilmu & Beramal

OBJEKTIF

  • Memberi peluang lulusan Ujian Penilaian Sijil Rendah Agama (UPSRA) / Sijil Rendah Ugama (SRU) / Lulus Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi menyambung pelajaran di peringkat menengah.
  • Menampung permintaan masyarakat Islam yang berminat menghantar anak-anak yang mempunyai keputusan cemerlang dalam UPSR dan UPSRA / SRU / UPKK ke sekolah aliran agama.
  • Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

KELEBIHAN

  • Pelajar SMA MAIWP Labuan akan menerima bantuan persekolahan am kepada mereka yang layak.
  • Pelajar akan menginap di asrama yang telah disediakan tanpa ada sebarang bayaran.
  • Penyediaan bas pergi dan balik dari asrama ke sekolah secara percuma setiap hari termasuk aktiviti-aktiviti program luar.
  • Makan dan minum disediakan 5 kali setiap hari tanpa sebarang bayaran.
  • Pelajar akan berpeluang mengikuti pengajian subjek Akademik dan subjek Ad-Dinni Islami
  • SMA MAIWP Labuan berorentasikan Sekolah Menengah Berasrama Penuh Aliran Agama yang pertama di Wilayah Persekutuan Labuan.

SYARAT PERMOHONAN

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja. Keutamaan pelajar-pelajar daripada Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah & Sarawak.
  • Berumur 12 tahun pada tahun semasa permohonan.
  • Mendapat keputusan minimum 3A 2B dalam UPSR dan 4A 4B dalam UPSRA atau Jayyid dalam SRU atau 4A 4B dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) tahun semasa.
  • Lulus ujian kelayakan kemasukan yang ditetapkan oleh SMA MAIWP Labuan.
  • Menguasai pembacaan Al-Quran dengan baik.
  • Menguasai asas-asas dalam Bahasa Arab.
  • Mempunyai kebolehan dalam menulis dan membaca Tulisan Jawi dengan baik.
  • Berakhlak mulia serta beradab sopan.
  • Tidak mempunyai penyakit kronik.

KEMUDAHAN

PROSEDUR PERMOHONAN

GALERI / VIDEO

ALAMAT

Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan
Kg. Lubok Temiang
Peti Surat 81043
87021 Wilayah Persekutuan Labuan

No. Tel       : 087-466332
No. Faks  : 087-466334

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP