PENGENALAN
Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991, Penubuhan ini sebagai salah satu usaha MAIWP untuk membasmi kemiskinan di kalangan masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan di Malaysia amnya dengan cara memberi mereka peluang menjalani latihan kemahiran di sebuah Institut Kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus ini nanti.
Idea awal penubuhan IKB telah dicetuskan oleh YB. Datuk (kini Tan Sri) Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi MAIWP pada ketika itu. Pada awal penubuhannya IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin dan kemudiaanya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Melihat perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan, maka nama tersebut ditukar kepada IKB pada tahun 1995 sempena 5 tahun IKB ditubuhkan pada ketika itu oleh YB. Dato' (Kini Tan Sri) Dr. Abdul Hamid bin Othman (Allahyarham).
Sehingga hari ini, IKB menawarkan kursus kemahiran yang mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
VISI
- Menjadi sebuah institusi peneraju pendidikan kemahiran berkualiti demi memartabatkan ekonomi Masyarakat Islam
MISI
- Menggilap dan meningkatkan potensi belia Islam menerusi:
- Pendidikan kemahiran sistematik, kreatif dan berinovatif
- Penerapan nilai Islam keunggulan jati diri
- Usahawan Muslim yang berdaya saing dan berdaya maju
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
- Membimbing pelatih-pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
- Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Terbuka kepada lelaki dan wanita.
- Minima kelulusan akademik tamat darjah 6 sekolah bantuan kerajaan (boleh membaca dan menulis).
- Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP.
- Sihat tubuh badan & berminat .
PROSEDUR PERMOHONAN
- Mengisi borang permohonan dengan lengkap.
- Menghantar borang yang lengkap berserta dokumen yang diperlukan sebelum tamat tarikh permohonan.
- Menghadiri sesi temuduga (ujian lisan) bagi yang layak.
KURSUS YANG DITAWARKAN
1. KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Kejuruteraan Elektrik dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 2 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Satu Fasa
- SKM Tahap 3 Pemasangan dan pendawaian Elektrik Tiga Fasa
- Sijil Kekompetenan Pendawaian Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)
- Sijil Kecekapan Kemahiran SKK Elektrik dari CIDB
2. KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Perkhidmatan Dan Penyajian Makanan dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 1 – Pembantu Penyedia Makanan
- SKM Tahap 1 – Penyedia Makanan
3. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Lelaki dan Transkrip Peperiksaan
- Sijil SKM Tahap 1- Pembuat Pakaian Lelaki
- Sijil SKM Tahap 2- Pembuat Pakaian Lelaki Kanan
- Sijil SKM Tahap 3- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
4. KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Rekaan Fesyen Dan Pembuatan Pakaian Wanita dan Transkrip Peperiksaan
- SKM Tahap 1- Pembuatan Pakaian Wanita
- SKM Tahap 2- Pembuatan Pakaian Wanita
- SKM Tahap 3- Pembuatan Pakaian Wanita
5. KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Seni Lukis Dan Senireka dan Transkrip Peperiksaan
6. KURSUS TEKNOLOGI BINAN BANGUNAN
Pelajar yang tamat latihan standard kemahiran yang ditetapkan layak dianugerahkan sijil berikut :
- Sijil Teknologi Binan Bangunan dan Transkrip Peperiksaan
- Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dari CIDB
TEMPOH KURSUS
Tempoh kursus : 2 tahun @ 4 semester
Kelas : Isnin hingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Cuti : Ahad, Sabtu dan Cuti Umum
KEMUDAHAN
- Blok akademik dan pentadbiran
- Blok asrama yang dapat menampung 300 hingga 350 orang.
- Dewan serbaguna yang dapat menampung 500 orang.
- Kemudahan perpustakaan.
- Kemudahan peralatan dan bahan kursus.
- Kelengkapan pakaian seragam kepada setiap pelajar.
- Kemudahan peralatan sukan dan rekreasi.
ALAMAT
Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa
Off Jalan Kampung Pandan Taman Maluri
55100 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 9283 0198
No. Faks : 03- 9281 1387