Up

TAWARAN BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA BAGI TAHUN 2024

maiwp.png

TAWARAN BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA
BAGI TAHUN 2024

1. Tawaran adalah dibuka kepada mahasiswa dalam kategori asnaf yang sedang
melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi.

2. SYARAT PERMOHONAN
a) Beragama Islam;
b) Warganegara Malaysia;
c) Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Putrajaya dan Labuan (sekurang-kurangnya setahun);
d) Melanjutkan pengajian pada peringkat Diploma atau Ijazah;
e) Pengajian sepenuh masa sahaja;
f) Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di Dalam Negara atau Luar
Negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia;
g) Bidang atau kursus yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta tidak
bertentangan dengan Hukum Syarak; dan
h) Pelajar Yang Sedang Mengikuti Pengajian pada TAHUN PERTAMA
SAHAJA dengan mengemukakan Surat Pengesahan pengajian dari pihak
universiti.

3. CARA PERMOHONAN
a) Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 (Jumaat) dengan
mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web
www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat yang
beralamat seperti berikut :
i) Kaunter Agihan Zakat, Aras 3, Bangunan Daruzzakah, No. 55,
Jalan Haji Hussein 2, 50300 Kuala Lumpur:
ii) Semua Pusat Agihan Zakat (PAZA);
iii) MAIWP Cawangan WP Putrajaya;
iv) MAIWP Cawangan WP Labuan.
b) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke
kaunter agihan zakat MAIWP di ibu pejabat MAIWP Kuala Lumpur/
Putrajaya/ Labuan atau di mana-mana cawangan Pusat Agihan Zakat
(PAZA) di Wilayah Persekutuan.
c) Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan boleh dibuat pada hari
bekerja melalui talian: 03-26399000 sambungan 20407/ 20408/ 20413/
20415/ 20410 (Unit Pendidikan, Bahagian Agihan Zakat).

4. TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah dilanjutkan sehingga 31 Januari 2024 (Isnin). Permohonan yang
diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan

BORANG BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA BAGI TAHUN 2024
SKIM BANTUAN KOMPUTER RIBA KEPADA MAHASISWA BAGI TAHUN 2024
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!