Up

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM MUSA’ADAH TIJARIYYAH 2.0 BAITULMAL MAIWP

 

logo maiwp 2020      musaadah

GARIS PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM MUSA’ADAH TIJARIYYAH 2.0

BAITULMAL MAIWP

BIL

PERKARA

KETERANGAN

1.

Syarat dan Kaedah Permohonan

- Warganegara Malaysia

- Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-

   kurangnya 1 tahun

- Mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan :-

- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan

- Surat akuan sumpah pendapatan pemohon dan pasangan

- Salinan lengkap SSM yang masih aktif

- Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang

    menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini

    (kecuali Tabung Haji dan ASB)

- Borang Permohonan boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my

   / boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).

- Permohonan dibuka mulai 18 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

- Lokasi penghantaran borang :-

  • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya

- Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan

   sebelum proses bayaran dilaksanakan.

2.

 

Lokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan

i. Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan

ii. Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh

    dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:

  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
  • Pelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang

3.

Perniagaan adalah sumber utama pendapatan

Sepenuh masa menjalankan aktiviti perniagaan dengan melakukan pengisytiharan melalui akuan sumpah

4.

Perniagaan berdaftar     dengan Suruhanjaya   Syarikat   Malaysia (SSM)

Berdaftar sekurang-kurangnya 02 bulan dari tempoh permohonan dan SSM masih aktif

5.

Perniagaan yang dibenarkan

i. Makanan dan minuman

ii. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)

iii. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)

iv. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

6.

Bantuan    diberi    dalam    bentuk modal  pusingan

 Jumlah bantuan RM3,000.00

7.

Sejarah Bantuan

Tidak menerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dari Tahun 2020 ke atas dan Musa’adah Tijariyyah 1.0

PROGRAM MUSA’ADAH TIJARIYYAH 2.0 BAITULMAL MAIWP
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!