Pogram Tunas Usahawan Baitulmal
Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia berumur di antara 18 - 45 TAHUN pada tarikh tutup permohonan.
- Telah mendaftarkan perniagaan kurang-kurangnya 6 bulan.
- Hanya mengambil kira pendaftaran SSM kali pertama. Sekiranya ia pembaharuan pendaftaran, maka tarikh perdaftaran baharu tidak diambil kira
- Keutamaan adalah kepada penerima bantuan Baitulmal (MAIWP)
- Bagi graduan institusi pengajian atau pusat perlindungan di bawah kelolaan MAIWP mestilah telah menamatkan pengajian dan memulakan perniagaan atau telah mendaftarkan perniagaan sekurang-kurangnya 6 bulan. Jika terpilih surat pengesahan tamat tempoh pengajian adalah diperlukan
- Sihat tubuh badan dan boleh menjalankan sebarang aktiviti fizikal.
- Tidak mempunyai alahan yang serius (cth: alahan yang memudaratkan sekiranya mengikuti aktiviti lasak di kawasan hutan);
- Tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tutup permohonan; dan
- Pemohon wanita yang disahkan hamil atau sedang dalam tempoh berpantang (100 hari selepas bersalin) sewaktu tarikh tamat permohonan dan / atau apabila menyertai Fasa 1 & 2 Program tidak layak meneruskan Program.
- Pemohon tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah dan tidak pernah diisytiharkan muflis;
- Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon
- Bagi pemohon pasangan suami isteri / adik-beradik/ anak hanya salah seorang sahaja yang layak dipertimbangkan
- Hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik/ anak untuk setiap pengambilan.
- Pemohon tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; dan
- Pemohon tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.
- Tarikh akhir hantar borang pada 18 September 2020
Borang permohonan Program Tunas Usahawan Baitulmal MAIWP
Powered by Phoca Download
Memacu Kegemilangan Ummah