MA’ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH
TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU (TINGKATAN 4) KE MA’ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH, MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MSN MAIWP)
Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah (MSN) merupakan sebuah institusi pendidikan hasil cetusan idea mantan Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), S.S Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Objektif utama sekolah ditubuhkan adalah untuk melahirkan insan yang menjiwai sunnah Rasulullah dalam kehidupan di samping tidak mengenepikan aspek pendidikan kontemporari.
KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN MSN MAIWP
Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:
i. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.
ii. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
iii. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu yang lain.
iv. Pengajian kitab-kitab turath dan kontemporari dalam bidang hadis.
KEISTIMEWAAN MSN MAIWP
Antara keistimewaan MSN MAIWP adalah:
1. Sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menjalankan pengajian berasaskan turath hadis.
2. Sebahagian kos pengajian dan asrama ditanggung oleh pihak MAIWP.
3. Pelaksanaan jadual pengajian yang fleksibel di antara akademik dan turath.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
1. Warganegara Malaysia (lelaki sahaja).
2. Pemastautin di Wilayah Persekutuan dan anak asnaf diberikan keutamaan.
3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun 2022.
4. Cemerlang dalam akademik ATAU menghafaz minimum 15 juzuk Al-Quran (institusi tahfiz) ATAU menghafaz sebahagian Matan Hadis 40 & Matan Al-Ajurrummiah (institusi pondok).
5. Mempunyai minat yang mendalam dalam mempelajari kitab-kitab turath hadis dan Bahasa Arab
6. Memiliki akhlak dan sahsiah yang baik serta aktif dalam ko-kurikulum.
7. Lulus temuduga (lisan dan bertulis).
CARA MEMOHON
1. Permohonan secara atas talian (online) boleh dibuat melalui pautan berikut:
2. Butiran perlu diisi dengan lengkap dan mematuhi arahan yang telah disediakan.
TARIKH PERMOHONAN:
8 DISEMBER 2021 sehingga 31 JANUARI 2022
Segala maklumat atau pertanyaan mengenai MSN, boleh menghubungi:
Ustaz Muhaimin (019-205 0465)
atau
emelkan kepada: msnmaiwp@gmail.com