Up

Tawaran Biasiswa Pengajian Luar Negara (Mesir & Jordan)

 logomaiwpbaru1

TAWARAN BIASISWA BAITULMAL
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
LUAR NEGARA (MESIR DAN JORDAN) PENGAMBILAN BARU SESI 2021/2022

1. Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi tahun Pengajian 2019 & 2020 untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2021/2022 di MESIR & JORDAN.

2. Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

3. Program dan Institusi di Mesir yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab
    Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
    Universiti Al-Azhar
  • Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
    Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)
  • Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi
    Universiti Al-Azhar (Uni.Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)

4. Program dan Institusi di Jordan yang ditaja adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah
    (Bahasa Arab / Usuluddin / Muamalat Perbankan Islam / Usul dan Fiqh) Universiti Of Yarmouk / Universiti Mu’tah / Universiti Al-Albayt

5. Syarat Umum

a) Islam
b) Warganegara Malaysia
c) Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
d) Cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah (tiada melakukan salahlaku disiplin dan cemerlang ko-kurikulum.
e) Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
f) Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

6. Syarat Khusus (Kelayakan Minima Akademik)

6.1 (PENGAJIAN DI MESIR)

a) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 7 Mumtaz dan 3 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Mumtaz, DAN:
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

b) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik .

c) Bagi calon yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej / universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) Bahasa Melayu.

d) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pergigian & Farmasi mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A-) dalam 8 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Sejarah) DAN Lulus Bahasa Arab (sekurang-kurangnya C)

6.2 (PENGAJIAN DI JORDAN)

a) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Syariah ( Bahasa Arab / Usuluddin / Usul dan Fiqh ) mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred (A) dalam 6 matapelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik)

7. Calon-calon yang tidak layak memohon :

a) Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
b) Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains / pra-universiti / foundation / kursus persediaan bahasa.
c) Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
d) Pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa.
e) Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.
f) Pelajar yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

8. Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati melalui online di google form bermula 4 Ogos 2021(Rabu) .

buttonbiasiswa2

 

Tarikh permohonan bermula dari 4 Ogos hingga 21 Ogos 2021(Sabtu).

PERHATIAN

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian:

Kuala lumpur : 019-200 4270 / 019 -200 4686
Labuan : 013-851 4066
Putrajaya : 011 5949 6216 / 011-6303 8443

(Unit Pembangunan Akademik – IPTL)

 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP