Up

Tawaran Biasiswa Pengajian Luar Negara (Mesir)

logomaiwpbaru1

TAWARAN BIASISWA BAITULMAL
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
LUAR NEGARA (MESIR) PENGAMBILAN BARU SESI 2019/2020

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mendapat keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Luar Negara Tahun Pertama sesi 2019/2020 di Mesir.


Penempatan pusat pengajian HANYA melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) sahaja yang layak dipertimbangkan untuk memohon Biasiswa Baitulmal MAIWP.

Program dan institusi yang ditaja adalah seperti berikut:

  1. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam / Bahasa Arab
    Universiti Al-Azhar
  2. Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah
    Universiti Al-Azhar
  3. Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat
    Universiti Al-Azhar (Maahad Qiraat Shoubra & Maahad Lilbanat Mansurah)
  4. Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian / Farmasi
    Universiti Al-Azhar (Uni Kaherah, Ain-Shams, Alexandria, Mansoura, Tanta, Zaqaziq)

Syarat Umum

  1. Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun.
  4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak.
  5. Tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Syarat Khusus (Kelayakan Minima Akademik)

a) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya mendapat 5 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan dengan keputusan keseluruhan Jayyid Jiddan, DAN:
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A- Bahasa Melayu.

b) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A- dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan cemerlang (A) dalam 6 mata pelajaran termasuk mata pelajaran Bahasa Arab, Pengajian Syariah Islamiah dan Pendidikan Al-Quran As-Sunnah, Bahasa Inggeris, Matematik .

c)Bagi calon yang memohon Pengajian Ijazah Sarjana Muda Tahfiz Qiraat, Universiti Al-Azhar Mesir mestilah :

  • Lulus Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan keputusan sekurang-kurangnya CGPA 3.5 atau mana-mana kolej/universiti yang setaraf dengannya serta diiktiraf oleh Jabatan Perkhimatan Awam (JPA). DAN
  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A- Bahasa Melayu.

d) Bagi calon yang memohon bidang Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan / Pergigian mestilah :

  • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya Gred A- dalam 7 mata pelajaran (Bahasa Melayu, Biologi, Fizik, Kimia, Matematik, Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab)

Calon-calon yang tidak layak memohon :

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.
  2. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi/ asasi sains/ pra-universiti/ alpha / foundation / kursus persediaan bahasa.
  3. Pegawai yang sedang berkhidmat sama ada dalam perkhidmatan Awam atau Swasta dan diluluskan cuti separuh gaji.
  4. Pelajar yang mengikuti program/ kursus jarak jauh/ separuh masa.
  5. Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin.

Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati bermula 18 Februari 2019 dengan memuat turun dari laman web rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) www.maiwp.gov.my. atau hadir ke pejabat kami di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal Aras 22, Unit Pembangunan Akademik IPTL Bangunan PERKIM No. 150, Jln Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur.

Tarikh Tutup Permohonan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan-salinan dokumen sokongan berkaitan mestilah dihantar ke:

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Bahagian Baitulmal
Unit Pembangunan Ummah IPTL
Aras 22, Bangunan PERKIM,
No. 150, Jln Sultan Azlan Shah,
51200 Kuala Lumpur

Sebelum @ pada 28 Februari 2019
(Bagi permohonan STAM)

7 hari bekerja selepas keputusan SPM dikeluarkan
(Bagi permohonan Diploma Qiraat / SPM)

PERHATIAN

Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon- calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh sebulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan ini, sila hubungi di talian: 03-40477600 samb. 7411/7410/7631 Unit Pembangunan Akademik - IPTL (waktu berkerja).

Borang Permohonan Biasiswa Mesir
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP