Up

PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO USAHAWAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

poster1

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN MEREKACIPTA LOGO USAHAWAN BAITULMAL MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada

  1. semua warga MAIWP
  2. pelatih Institut Kemahiran Baitulmal
  3. pelajar Tingkatan 4 & 5 Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA)

2. Peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja

3. Reka cipta logo usahawan boleh dihantar dalam 2 bentuk iaitu:

  • a) Lukisan tangan di atas kertas bersaiz A4

atau

  • b) Menggunakan perisian komputer
    (Dihantar dalam bentuk bercetak di atas kertas bersaiz A4 dan bentuk softcopy dalam format JPEG resolusi minimum 300 pixels / PDF)

4. Warna yang digunakan hendaklah tidak melebihi daripada 4 warna tidak termasuk warna hitam dan putih.

5. Setiap reka cipta logo usahawan hendaklah dihantar bersama dengan borang penyertaan dan borang penjelasan/maksud reka bentuk logo.

6. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

7. Reka cipta logo usahawan hendaklah hasil ciptaan yang asli dan mengikut kreativiti sendiri. Pihak urusetia pertandingan berhak menolak penyertaan sekiranya terdapat unsur peniruan/ ciplak.

8. Semua cadangan bendera yang diterima oleh pihak urusetia akan menjadi hak milik urusetia. Pihak urusetia berhak mengubahsuai atau menggunakan cadangan bendera tersebut tanpa perlu mendapat kebenaran dari peserta.

9. Keputusan pemilihan oleh pihak juri adalah muktamad.

10. Hadiah pertandingan akan menerima RM 300.00, hamper dan sijil penghargaan

11. Penyertaan hendaklah dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 19 Oktober 2018 (Jumaat) jam 4.30 petang.

Unit Perhubungan Korporat
Bahagian Baitulmal
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 20, Bangunan PERKIM
Lot 150, Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(T): 03-4047 7600 samb. 7626/7303/7614

Borang Penyertaan Pertandingan Merekacipta Logo Usahawan Baitulmal MAIWP
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP