Tawaran Biasiswa Pengajian Dalam Negara
TAWARAN BIASISWA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM (UA) DALAM NEGARA BAGI SESI 2021/2022
A) PENDAHULUAN
Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar- pelajar yang telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam dalam negara yang terpilih ambilan sesi 2021/2022 untuk memohon biasiswa tajaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
B) INSTITUSI PENGAJIAN YANG DITAJA
PROGRAM | INSTITUSI | BIDANG |
Universiti AWAM (UA) |
1. Universiti Malaya (UM) |
Semua bidang yang ditawarkan seperti pada para (C) |
Semua bidang yang ditawarkan seperti pada para (C)
C) BIDANG TAJAAN
PERINGKAT PENGAJIAN | BIDANG PENGAJIAN | KURSUS |
IJAZAH SARJANA MUDA | KLINIKAL DAN KESIHATAN | Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan. |
SASTERA | Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan. | |
SAINS SOSIAL | Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan. | |
KEJURUTERAAN | Elektrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan, Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan. |
D) SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1- Syarat-syarat Asas:-
- Warganegara Malaysia.
- Sedang bermastautin di Wilayah Persekutuan (sekurang-kurangnya setahun).
- Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal.
- Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian (ambilan sesi 2021/2022) dari mana-mana Universiti Awam yang disenaraikan.
- Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak/penaja.
- Memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan.
- Program Diploma/Ijazah Sarjana Muda bagi kali pertama sahaja.
2- Syarat-syarat Khusus:-
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda
- Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 dan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 keseluruhan termasuk prinsipal A bagi Pengajian Am; atau
- Memperolehi Mumtaz bagi keputusan keseluruhan dalam Siijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 ; atau
- Lulus peringkat Diploma/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Foundation Studies pada tahun 2020/2021 dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.5 di akhir semester.
E) CALON-CALON YANG TIDAK LAYAK MEMOHON
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti yang ditetapkan.
- Kursus-kursus yang berkaitan dengan pendidikan seperti Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Pendidikan.
- Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat Matrikulasi / Asasi / Pra-universiti / A-Level / O-Level atau yang setara .
- Pelajar yang mengikuti program/kursus jarak jauh/ separuh masa.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat Diploma / Ijazah dalam tahun kedua dan ke atas
- Pelajar yang sedang ditaja oleh badan penaja lain.
- Pelajar yang pernah ditamatkan bantuan pengajian atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab-sebab tindakan disiplin.
F) CARA MEMOHON
1- Permohonan boleh dibuat mulai 15 Oktober 2021 dengan mengisi borang permohonan yang boleh dimuat turun melalui laman web www.maiwp.gov.my atau boleh mendapatkan terus di pejabat kami di alamat berikut:
i. Cawangan-Pusat Agihan Zakat (PAZA); atau
ii. Cawangan WP Putrajaya (bagi pemastautin WP Putrajaya); atau
iii. Cawangan WP Labuan (bagi pemastautin WP Labuan)
2- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke kaunter Bahagian Baitulmal Aras 1 (Ibu Pejabat) atau di mana-mana cawangan Baitulmal (PAZA) di Wilayah Persekutuan.
G) TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan ialah pada 29 Oktober 2021 dengan mengisi borang Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
H) MAKLUMAT TAMBAHAN
1- Borang permohonan secara ONLINE (muat turun) mestilah dicetak menggunakan kertas berwarna PUTIH.
2- Sila pastikan borang permohonan diisi dan dilampirkan dengan dokumen LENGKAP. Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses.
3- Hanya calon-calon yang berjaya selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak mendapat sebarang jawapan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.
4- Sebarang pertanyaan berkaitan biasiswa boleh dibuat pada hari bekerja melalui talian: 03-40477600 sambungan 7411/7410/7631 (Unit Pembangunan Akademik- IPTL).