Up

Semakan Keputusan Permohonan Tadika Islam MAIWP

logomaiwpbaru1

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE TADIKA ISLAM MAIWP
WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA DAN LABUAN

SEMAK KEPUTUSAN DISINI

Ibubapa / Penjaga diwajibkan untuk membuat pendaftaran di tadika yang dinyatakan pada 9 dan 10 November 2020, jam 9.00 pagi hingga 1.00 tghri

***Page tawaran ini boleh dicetak oleh ibubapa/penjaga

 

  1. Pemohon (murid) adalah warganegara Malaysia.
  2. Keutamaan kepada ibu/bapa/penjaga yang bekerja atau menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
  3. Pendaftaran Pra Sekolah 5 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari tahun 2016 hingga 3 Januari 2017.
  4. Pendaftaran Pra Sekolah 6 tahun adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 3 Januari tahun 2015 hingga 3 Januari 2016.
  5. Sihat tubuh badan dan tidak mengalami penyakit kronik/kritikal.
  6. Pengambilan murid terhad kepada bilangan kelas yang sedia ada sahaja.
  7. Permohonan hanya dibuka secara online bermula 17 Ogos 2020 hingga 30 Ogos 2020.
  8. Ibu/bapa/penjaga DIWAJIBKAN mengisi borang permohonan kemasukan dengan lengkap secara online di Laman Web MAIWP (maiwp.gov.my). Kemudian dokumen yang berkaitan (seperti di perkara C) hendaklah dihantar ke Tadika Islam yang telah dipilih selewat-lewatnya pada 2 September 2020 pada hari persekolahan jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Kegagalan menyediakan dokumen tersebut menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.
  9. Hanya murid yang membuat pengisian secara online sahaja akan dipertimbangkan untuk pemilihan ke tadika.
  10. Ibu/bapa/penjaga hanya boleh membuat 1 permohonan sahaja untuk seorang anak.
  11. Keputusan permohonan/tawaran akan dimaklumkan di Laman Web MAIWP (maiwp.gov.my) mulai 30 September 2020
  1. Diutamakan kepada pendapatan kasar isi rumah yang tidak melebihi RM8,000.00.
  2. Lulus ujian penilaian kendiri yang akan dilaksanakan oleh MAIWP.
  3. Murid yang berjaya ke ujian penilaian kendiri akan dimaklumkan mulai 30 September 2020
  1. Salinan Sijil Kelahiran Murid
  2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
  3. Satu salinan penyata gaji/ Pencen/ Perkeso ibu dan bapa/penjaga terkini.
  4. Surat akuan sumpah pendapatan terkini (yang dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah) sekiranya ibu/bapa/penjaga yang tiada slip gaji/bekerja sendiri/tidak bekerja.
  5. Satu (1) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
  6. Rekod kesihatan kanak-kanak (Rekod Imunisasi)
  7. Satu salinan cukai pintu/bil utiliti kediaman semasa
Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 8 Banguan PERKIM, No.150 Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR
Telefon :03 - 4047 9444 samb 597 / 599
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Putrajaya)
Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No.3 Jalan Tun Razak, 62100 PUTRAJAYA 
No. Tel : 03 - 8871 50000
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Cawangan Labuan)
Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, peti Surat 80960, 87019 LABUAN 
No. Tel : 087 - 418 5515 / 512
 

 

 

 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP