Up

Lelongan

lelong kereta 2021

Pekeliling Perbendaharaan Malaysia   KP 2.6/2013 Lampiran N
KEW.PA-27
 
KENYATAAN JUALAN LELONGAN ASET ALIH KERAJAAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan mengadakan jualan lelong aset seperti berikut:-

Tarikh : 22 Mac 2021
Masa : 10:00 Pagi
Tempat : Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM

2. Senarai aset yang akan dilelong adalah seperti di KEW.PA-27(A). Semua aset boleh dilihat pada tarikh 15.03.2021 hingga 22.03.2021 di alamat Tempat letak kenderaan, Aras 2, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur di antara jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang.

3. Syarat dan peraturan lelong adalah seperti berikut:-

  1. Aset akan dijual tertakluk kepada harga simpanan.
  2. Pembida yang berminat untuk menyertai lelongan, perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan Nama penuh, No. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa lelongan dilakukan serta membayar deposit sebanyak 5% daripada harga simpanan.
  3. Penawar harga tertinggi adalah pembida yang berjaya dan jika ada apa-apa perselisihan yang berbangkit mengenai penawar yang tertinggi, aset berkenaan akan dilelong semula.
  4. MAIWP berhak mengubah susunan jualan tersebut di senarai KEW.PA-27(A) dan menarik balik mana-mana aset daripada senarai tersebut.
  5. Semua aset adalah dilelong sebagaimana keadaannya semasa dilihat (as-is-where-is-basis).
  6. MAIWP tidak akan bertanggungjawab ke atas aset yang telah dijual.
  7. Semua perbelanjaan bagi mengangkut aset hendaklah ditanggung oleh pembida sendiri.
  8. Pembida yang berjaya hendaklah memberitahu nama penuh, no. Kad Pengenalan dan alamat kepada Pegawai Pelelong semasa jualan dilakukan.
  9. Pembayaran penuh hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh lelongan.
  10. Pembida yang berjaya hendaklah mengambil aset dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh lelong. Jika tidak, MAIWP berhak untuk melupuskannya.
  11. Segala bayaran hendaklah dijelaskan sepenuhnya sebelum aset boleh dikeluarkan dari premis Jabatan
Lot.      Jenis Aset      Kuantiti      Harga Simpanan (RM)      Deposit (RM)
1.  

Kereta

  1   3,500.00   175.00
2.   Kereta   1   2,500.00   125.00

 sign

 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!