Up

Permohonan MSN

maiwp logo kecik

TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE MA’ALIM AL-SUNAN LI DIRASATI AL-SUNNAH AL-NABAWIYYAH,
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN) ialah sebuah institusi pendidikan baharu yang ditubuhkan hasil cetusan idea daripada Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan di bawah naungan majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Beroperasi di Bandar Seri Permaisuri (Cheras, Kuala Lumpur), fokus utama penubuhan MSN ini adalah untuk melahirkan cendiakawan Islam yang mahir dalam bidang hadis dengan menggabungkan sistem pembelajaran semasa Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kementerian Pendidikan Malaysia dan juga pembelajaran turath hadis.

KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN MSN
Konsep pelaksanaan pendidikan di MSN mempunyai 4 komponen utama iaitu:
1. Pembelajaran berasaskan KSSM dan ini meliputi peperiksaan besar seperti SPM dan juga STAM.
2. Pengajian ilmu-ilmu hadis yang berkaitan.
3. Hafazan hadis-hadis pilihan beserta dengan matan ilmu islam.
4. Pengajian kitab-kitab hadis turath dan juga kontemporari.

KEISTIMEWAAN MSN
Antara keistimewaan MSN adalah:
1. Sekolah pertama di Wilayah Persekutuan yang menjalankan pengajian berasaskan turath hadis.
2. Pengajian di bawah seliaan sepenuhnya oleh Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan.
3. Kos pengajian ditanggung oleh pihak MAIWP termasuk asrama dan makanan.
4. Pelaksanaan jadual penuh bermula pagi hingga malam.
5. Guru-guru yang berwibawa.

KELAYAKAN UMUM
Syarat umum pengambilan adalah terbuka kepada pelajar tingkatan 4 yang telah selesai menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) atau setaraf dengannya.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
1. Lelaki berwarganegara Malaysia (pelajar, ibu- bapa atau penjaga mestilah memiliki kewarganegaraan Malaysia), atau
2. Keutamaan adalah bagi yang bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu (1) tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
3. Pemohon berumur 16 tahun pada tahun pengajian tingkatan 4.
4. Mencapai kelayakan minimum 3A dalam peperiksaan PT3 dan sekurang-kurangnya mendapat Gred B dalam subjek Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.
5. Keutamaan diberikan kepada yang telah berjaya menghafaz sebanyak 15 juzuk Al-Quran. (sila lampirkan sijil yang berkaitan).
6. Berminat dalam pengajian turath hadis.
7. Memiliki akhlak dan keperibadian yang baik.
8. Aktif dalam aktiviti ko-kurikulum.
9. Calon yang layak akan dipanggil untuk sesi temuduga dan ujian bertulis.
10. Lulus sesi temuduga dan ujian bertulis.

CARA MEMOHON
Borang permohonan boleh dimuat turun dan borang yang lengkap perlu dikembalikan kepada alamat berikut:

Ma’alim Al-Sunan Li Dirasati Al-Sunnah Al-Nabawiyyah (MSN),
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP),
Lot 22, Blok B (Bangunan Tadika Islam MAIWP Sumayyah),
Jalan Danau Lumayan 1, Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras Kuala Lumpur

*Tulis pada sebelah kiri sampul:
“MA’ALIM AL-SUNAN”

TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
26 DISEMBER 2018 SEBELUM JAM 5:00 PETANG.

Segala maklumat atau pertanyaan mengenai MSN, boleh diemelkan kepada alamat berikut:
msnmaiwp@gmail.com
atau
hubungi Ustaz Husaini di talian: 013-296 8513

Borang Permohonan Kemasukan MSN 2019
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP