Bantuan Zakat

Saiz Tulisan :
  • Jenis Skim Bantuan Zakat

Pembangunan Asnaf

Tempat Tinggal

 

 

 

                   

Berdikari

Pendidikan

Pembangunan Ummah

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Pengiraan Had al-Kifayah

Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

  kalkulator

Definisi Asnaf asnafmaiwp

“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

 

  1. FAKIR
    • Seorang yang tidak mempunyai sebarang harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan daripada sumber-sumber lain tetapi jumlahnya tidak sampai 50% daripada had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya. 
  2. MISKIN
    • Seorang yang mempunyai pekerjaan atau pendapatan yang melebihi 50% tetapi tidak mencapai had kifayah untuk keperluan asas dirinya dan tanggungannya.
  3. AMIL
    • Mereka yang dilantik secara langsung oleh pemerintah dan ulul amri samaada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, pengagihan, pengurusan kewangan dan sebagainya.
    • Kedudukan Pembahagian Amil
      1. Bahagian Amil adalah berdasarkan tugas yang mereka laksanakan lebih wajar untuk dipraktikkan daripada soal pembahagian satu perlapan atau seumpamanya.
      2. Pandangan Jumhur Ulama : Hak yang diberikan kepada Amil adalah mengikut kerja yang dilakukannya, kesusahan dan bebanan kerja
    • Kedudukan Amil Sesuatu Negeri Pungut Zakat di Negeri Lain
      1. Tidak dibenarkan kerana terdapat halangan daipada perundangan negeri sendiri.
      2. Berdasarkan kepada perundangan di Wilayah Persekutuan iaitu Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan kuasa kepada Majlis atau wakilnya untuk memungut zakat.
    • Kedudukan Orang Bukan Islam Menjadi Amil
      1. Orang bukan Islam tidak boleh dilantik menjadi amil zakat.
      2. Pandangan Ulama : Kerja yang mensyaratkan amanah maka disyaratkan Islam dan tidak seharusnya kafir menguasai urusan kaum muslimin.
    • Kedudukan Perempuan Menjadi Amil
      1. Harus wanita dilantik menjadi Amil
    • Kedudukan Amil melantik Amil lain bagi pihak dirinya (Amil ata Amil)
      1. Pihak lain termasuk Amil yang telah dilantik tidak mempunyai kuasa untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan tugas bagi pihak dirinya.
      2. Seksyen 16(b) Akta kesalahan Jenayah Syariah menyatakan amil yang dilantik tidak mempunyai kuasa untuk melantik pihak ketiga untuk menjalankan tugas bagi pihak dirinya.
  4. MUALLAF
    • Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
        1. Beragama Islam
          1. Baru memeluk agama Islam
          2. Orang yang memeluk Islam tetapi masih lemah imannya.
        2. Bukan beragama Islam
          1.  Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
          2.  Cenderung hatinya kepada ajaran Islam.
          3.  Ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang baik hubungannya dengan ketua-ketua Islam.
          4.  Masyarakat orang Asli yang boleh dipujuk supaya menganur Islam.
     
    • Pemberian Zakat kepada Asnaf Muallaf Bukan Islam Yang Cenderung Ke Arah Islam
      1. Pandangan Pengikut Mazhab Syafi’e dan Maliki- Muallaf Kafir musyrikin harus menerima agihan zakat yang memujuk hati mereka supaya cenderung kepada agama Islam.
      2. Pengagihan zakat kepada orang bukan Islam melalui kod Muallaf dan wajar diberikan jumlah yang sama kepada golongan beragama Islam dan bukan beragama Islam.
  5. AL-RIQAB
    • Orang Islam yang dibelenggu atau dieksploitasi dari aspek pemikiran, harta benda, kekuasaan dan kebebasan yang tidak mampu membebaskan dirinya daripada belenggu tersebut.
    • Golongan yang dikategorikan di bawah asnaf Ar-Riqab :
      1. Kesalahan yang berhubungan dengan akidah
        • Kejahilan dalam agama seperti murtad
        • Ajaran sesat
        • Fahaman-fahaman yang bertentangan dengan akidah ahli Sunnah Wa Jamaah seperti liberalisme, orientalisme dan lain-lain.
      2. Kesalahan yang berhubungan dengan kesucian agama islam dan institusinya
        • Menolak kemudharatan seseorang individu daripada belenggu pemikiran yang dialami.
        • Perluasan asnaf ini bagi kes-kes : mencaci / menghina / mencabar agama atau Institusi Islam.
      3. Kesalahan yang berhubungan dengan kesusilaan
        • Menyelamat / melindungi wanita atau lelaki daripada terjerumus aktiviti-aktiviti tidak bermoral.
        • Aktiviti Pelacuran
        • LGBT (lesbian, gay, bisexual dan transgender) dan lain-lain
      4. Kesalahan yang berhubungan dengan dadah
        • Mereka-mereka yang terlibat secara langsung atau tidak seperti pengedar / penagih dan dalam proses pemulihan.
        • Termasuk juga yang terlibat dalamlain-lain aktiviti penagihan seperti pil-pil kuda, estacy dan seumpamanya.
      5. Terbelenggu dengan penyakit kronik
        • Pesakit Aids / HIV / TIBI adalah terbelenggu dari segi kebebasan dan dari menjalani kehidupan yang sihat.
      6. Individu yang ditinggalkan dan tiada tempat bergantung
        • Bayi yang ditinggalkan ini terbelenggu kehidupan daripada kejahilan terhadap agama, kebebasan dan harta.
        • Diperluaskan kepada isteri / suami / ibubapa / anak-anak yang ditinggalkan adalah termasuk dalam belenggu agama, kebebasan dan harta
        • Diperluaskan juga kepada golongan gelandangan
      7. Kes-kes ancaman dan keselamatan
        • Perluasan bantuan melalui asnaf bagi kes-kes yang mengancam keselamtan nyawa, maruah diri dan keluarga seperti hutang ah long
        • Hilang tempat perlindungan kerana dihalau oleh keluarga / tuan rumah sewa
    • Konsep dan Skim Agihan
      1. Berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf Ar-Riqab supaya dapat menjalani kehidupan sempurna sebagai muslim,
      2. Perluasana asnaf Ar-Riqab bukan sahaja diberikan kepada pusat-pusat pemulihan bahkan kepada individu-individu yang terlibat.
  6. AL-GHARIMIN
    • Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga dan tanggungannya atau masyarakat serta individu yang ditimpa musibah dan hutang yang dibenarkan oleh hukum syarak.
  7. FISABILILLAH
    • Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti untuk menegak, mempertahan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
  8. IBNU SABIL
    • Mana-mana orang yang berada dalam perjalanan atau baru hendak memulakan perjalanan dari mana jua negeri atau negara dengan tujuan yang dibenarkan Syarak dan memerlukan bantuan bagi meneruskan perjalanan sehingga mencapai tujuan.
    • Pembahagian kategori Ibnu Sabil oleh Mazhab Shafi'e :
      1. Anak watan / Orang yang bermukim di suatu tempat yang hendak memulakan perjalanan.
      2. Orang asing yang terkandas dan tidak dapat meneruskan perjalanan.
jejakasnaf

Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP dilancarkan pada tahun 2013. Penubuhan Skuad ini adalah bertujuan mencari dan menjejaki asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan zakat. Skuad akan turun padang ke lokasi-lokasi yang berkemungkinan terdapat mereka yang memerlukan selain menerima laporan dari orang ramai.

Kaunter bergerak Baitulmal MAIWP juga akan turun padang ke lokasi-lokasi tumpuan orang ramai bagi memudahkan orang ramai berurusan mengenai bantuan zakat.

Orang ramai dialu-alukan menyampaikan maklumat tentang mereka yang memerlukan kepada Skuad Jejak Asnaf menerusi:

Talian Bebas Tol - 1-800-88-5222

Hotline : 012-5183614 / 012-5127614 Anda juga boleh berkomunikasi dengan MAIWP menerusi:

  1. facebook MAIWP : https://www.facebook.com/maiwp.hq
  2. facebook Baitulmal MAIWP : facebook.com/baitulmal.wp
Terima kasih.
3.jpg5.jpg6.jpgGambar-Tajuk.jpg

1. Borang Bantuan Umum

2. Senarai Semak

Pembangunan Asnaf Tempat Tinggal Berdikari Pendidikan Pembangunan Ummah
  • Skim bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan dan Institusi Pendidikan
  • Skim bantuan Institusi Tahfiz
** Diwajibkan muatturun untuk borang di no. 1 dan pilih mana-mana senarai semak yang berkaitan di no. 2.

KAUNTER PERMOHONAN

PAZA Cawangan Parlimen Putrajaya Aras 3, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya, No3 , Jalan Tunku Abdul Razak , Presint 3, 62100 PUTRAJAYA. No. Tel : 03 - 8871 5000 No. Faks : -
PAZA Cawangan Parlimen Batu 838, Tingkat Bawah, Sayap Kiri, Batu 4 , Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 KUALA LUMPUR No. Tel : 03 - 6259 6906
PAZA Cawangan Parlimen Bukit Bintang Tingkat 3, UTC Pudu Sentral, Jalan Pudu, 55100 Kuala Lumpur No. Tel : 03 - 2070 2004 / 03 - 2070 2005
PAZA Cawangan Parlimen Bandar Tun Razak 26, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Jalan Danau Lumayan 1, 56000 Kuala Lumpur No. Tel : 03 - 9191 0116
PAZA Cawangan Parlimen Wangsa Maju (Dijangka beroperasi pada Ogos 2017) No 19, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota Off Jalan Genting Klang 53300, Kuala Lumpur No Tel : 03-4131 0469
PAZA Cawangan Parlimen Titiwangsa Mini UTC Keramat, Jalan Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur No Tel : 03 - 4251 8524
PAZA Cawangan Parlimen Seputeh Lot 4-G & 4-1, Medan Klang Lama 28, 58100 KUALA LUMPUR No Tel : 03 - 7772 9423
PAZA Cawangan Setiawangsa No 11-G , Jalan Wangsa Delima 13, 53300 KUALA LUMPUR No tel : 03 - 4142 0515
PAZA Cawangan Parlimen Lembah Pantai No 93, Tingkat bawah, Jalan Bangsar, 51200 Kuala Lumpur No tel : 03 - 2202 0937
PAZA Cawangan Parlimen Segambut C-0-3A, M Avenue, Jalan Segambut1-38A, Segambut Bahagia, 51200 KUALA LUMPUR No tel : 03 - 6243 4080 / 03 - 6243 4081
PAZA Cawangan Labuan Lot 2-2 Aras 2 UTC Labuan Pasar Sentral abuan 87000 Labuan No. Tel : 087-744 2492 No. Faks : -

SOALAN LAZIM AGIHAN ZAKAT

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.
Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantung kepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.
Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.
Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.
Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.
Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP