Darul Kifayah Labuan
TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU KOMPLEKS DARUL KIFAYAH
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN CAWANGAN LABUAN
SESI 2020/2021
Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu / yatim, anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Labuan dan mula beroperasi pada Januari 2018. Sehubungan itu, Kompleks Darul Kifayah mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berkelayakan di sekitar Labuan, Sabah dan Sarawak bagi kemasukan baru sesi pengambilan Januari tahun 2020/2021.
KELAYAKAN UMUM
Pemohon adalah dari kalangan anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru yang berumur di antara 11 tahun hingga 17 tahun untuk mengisi kekosongan di Asrama Kompleks Darul Kifayah.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN
- Warganegara Malaysia.
- Beragama Islam.
- Berusia di antara 11 tahunhingga 17 tahun pada tahun 2020.
- Sihat tubuh badan, mental dan fizikal.
- Anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru.
- Masih bersekolah dan mempunyai pendidikan akademik yang baik.
- Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik.
- Tidak mempunyai rekod jenayah / salahlaku akhlak.
CARA MEMOHON
Borang-borang permohonan boleh didapati di :
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Blok 4, Tingkat 12C, KompleksUjanaKewangan,
PetiSurat 80960, 87019 W.P Labuan
Borang-borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan seperti alamat yang tertera di atas beserta dengan salinan dokumen yang berikut ;
- Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohondan Ibu / Bapa / Penjaga
- Satu salinan sijil kematian ibu/ bapa atau sijil perceraian atau Pengislaman
- Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun
- Satu salinan sijil peperiksaan UPSR / UPSRA / UPKK / PMR
- Satu salinan slip gaji ibu / bapa / penjaga.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN / PENEMPATAN ADALAH TERHAD
Semua permohonan hendaklah sampai ke Pejabat MAIWP Labuan pada atau sebelum
13 September 2017.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ini, boleh menghubungi :
Pn.Majidah Binti Hassan / Pn. Siti Fatimah Binti Morsidi
Tel : 087 –418512 / 419832 / 419504