Up

Darul Kifayah Kuala lumpur

logokecik

TAWARAN KEMASUKAN PELAJAR-PELAJAR BAHARU KOMPLEKS DARUL KIFAYAH
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SESI 2020/2021

Kompleks Darul Kifayah di bawah naungan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan merupakan pusat penempatan sementara yang menyediakan kemudahan pendidikan dan asrama kepada anak-anak yatim piatu / yatim, anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Kompleks Darul Kifayah mempelawa dan menawarkan kepada mereka yang berkelayakan bagi kemasukan baru sesi pengambilan tahun 2020/2021.

KELAYAKAN UMUM

Pemohon adalah dari kalangan anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru yang berumur di antara 11 tahun hingga 17 tahun untuk mengisi kekosongan di Asrama Kompleks Darul Kifayah.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Berusia di antara 11 tahunhingga 17 tahun pada tahun 2020.
  4. Sihat tubuh badan, mental dan fizikal.
  5. Anak-anak yatim / anak-anak keluarga miskin / anak-anak saudara baru.
  6. Masih bersekolah dan mempunyai pendidikan akademik yang baik.
  7. Mempunyai tingkah laku dan akhlak yang baik.
  8. Tidak mempunyai rekod jenayah / salahlaku akhlak.

CARA MEMOHON

Borang permohonan boleh dimuat turun.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan seperti alamat yang tertera di atas beserta dengan salinan dokumen yang berikut ;

  1. Satu salinan sijil kelahiran / kad pengenalan pemohondan Ibu / Bapa / Penjaga
  2. Satu salinan sijil kematian ibu/ bapa atau sijil perceraian atau Pengislaman
  3. Satu salinan keputusan peperiksaan terkini pertengahan tahun
  4. Satu salinan sijil peperiksaan UPSR / UPSRA / UPKK / PMR
  5. Satu salinan slip gaji ibu / bapa / penjaga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN / PENEMPATAN ADALAH TERHAD : Dibuka sepanjang tahun

MAKLUMAT LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai kemasukan ini, boleh diemelkan ke alamat:
pro@maiwp.gov.my

Borang Kemasukan Ke Darul Kifayah 2020/2021
 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!