Up

Pondok Moden Al-'Abaqirah

final pma

Pondok Moden Al-'Abaqirah merupakan sebuah pusat pengajian islam di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan ini mempelawa calon - calon yang berkelayakan bagi mengikuti program pengajian Pondok Moden Al-'Abaqirah.

MATLAMAT PROGRAM

1. Program Pengajian yang menggabungkan 3 teras disiplin ilmu iaitu-

  • Pengajian Agama (Pengajian Kitab)
  • Pengajian Al-Quran (Hafazan)
  • Pengajian Akademik (Aliran sastera)- SPM dan STAM

2. Bermatlamat melahirkan Ulama’ kontemporari yang pakar dalam pelbagai cabang dan disiplin ilmu seperti ilmu Akidah, ilmu Syariah, ilmu Akhlak, ilmu Muamalat dan ilmu Jinayah.
3. Melahirkan individu bersifat Ulul-Albab dan juga sebagai pakar rujuk bagi masyarakat.

KEISTIMEWAAN

  1. Makan, Minum dan Asrama disediakan (PERCUMA)
  2. Kitab-kitab dan buku teks diberi (PERCUMA)
  3. Suasana pembelajaran yang kondusif
  4. Guru-guru tempatan dan Antarabangsa (Timur Tengah)
  5. Pondok Moden yang pertama di Wilayah Persekutuan
  6. Pengajian di bawah seliaan dan pengawasan sepenuhnya oleh Sahibul Samahah Datuk Mufti Wilayah Persekutuan

PERMOHONAN KEMASUKAN

  1. Permohonan adalah secara atas talian (online) bermula 31 Oktober 2020.
  2. Tarikh tutup permohonan pada 14 DISEMBER 2020.
  3. Pemohon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.

Klik sini untuk memohon

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Pondok Moden Al-'Abaqirah, anda boleh mengikuti perkembangan kami di pautan berikut :

FB : Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP
IG : @pondok_moden_al_abaqirah
Twitter : @AlAbaqirah

Anda juga boleh menghubungi kami melalui medium berikut :

Telefon : 03-6189 7188
Emel : pondok.alabaqirah@gmail.com

 
 
Powered by Phoca Download
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP