YDPA BERKENAN TERIMA ZAKAT RM65.38 JUTA

Saiz Tulisan :
Cannot find berita/2023/15112023 subfolder inside /var/www/maiwp.gov.my/i/images/maiwp/berita/2023/15112023/ folder.
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini WhatsApp Image 2023 11 15 at 18.04.56

YDPA berkenan menerima zakat perniagaan

 

ISTANA NEGARA, 15 November  - Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah lebih RM65 juta bagi pihak Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Majlis penyerahan bayaran berjumlah RM65,379,959 bagi tahun 2022 dan 2023 daripada 16 syarikat korporat itu berlangsung di Istana Negara.

Syarikat terbabit ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, FGV Group, Lembaga Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Bank Islam Malaysia Berhad, CIMB Islamic Bank Berhad, Co-opbank Pertama Malaysia Berhad dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.

Turut terbabit TH Travel Sdn Bhd, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Etiqa General Takaful Berhad, Rakyat Management Services Sdn Bhd, Etiqa Family Takaful Berhad, Malakoff Corporation Berhad, Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan Wasco Berhad.

Hadir sama pada majlis itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar, Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sementara itu, PPZ-MAIWP dalam kenyataannya memaklumkan bagi tempoh Januari hingga Oktober ini, zakat perniagaan sebanyak RM109,306,371.70 berjaya dikutip membabitkan 3,504 pembayar.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!