Ummah objektif utama kembara zakat 2023
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
PESERTA konvoi kembara zakat 2023 di Kedah Darul Aman
Kuala Lumpur, 8 November - Pelbagai aktiviti bersama masyarakat ketika Program Konvoi Kembara Zakat 2023, antaranya; menyantuni kariah Masjid Al-Wustho, Kedah, pelbagai acara sukan rakyat seperti bola dalam guni, tarik tali, sepakan penalti berkain pelikat, booth pameran dan gotong-royong kenduri rakyat.
Konvoi diteruskan dengan Perasmian Pusat Sehenti Masyarakat Masjid al-Wustha oleh Pengerusi Badan Kebajikan Petronas, Mohd. Shahrul Faiz Mohd. Saad.
Turut hadir Dato’ Selamat Paigo, Pengerusi Jabatan Wakaf Zakat & Haji (JAWHAR), Dato’ Syeikh Zakaria Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK), dan Mahamad Suhaimi Man, Pegawai Daerah Sik,.
Pada sebelah malam, penduduk setempat dihidangkan dengan halwa telinga melalui majlis ilmu bertajuk 'Bahagia Dengan Memberi' di Masjid as-Salam, Sepir, Sik.
Dibarisi oleh Yusri Hamid, Imam Masjid as-Salam sebagai moderator, panelnya, Dato' Syeikh Ahmad Faisol Omar, Ahli LZNK dan Dato' Selamat Paigo, Ketua Pengarah JAWHAR.
#MAIWP
#MalaysiaMADANI
#PelanAlFalah
#KKZ2023
#AlBarakahDiJelapangPadi