Karnival sukan mengasah bakat kanak-kanak

Saiz Tulisan :

mini IMG 5859

Aspalela binti Hasan berucap merasmikan karnival

 

15 September - Bahagian Pembangunan Insan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (BPI MAIWP) berjaya menganjurkan Karnival Sukan Tadika Permata MAIWP dan MAIWP Kids pada 11-15 September 2023 di Sportizza Setapak, Kuala Lumpur.

Karnival tersebut dirasmikan oleh Puan Aspalela binti Hasan, Ketua Unit Prasekolah, BPI MAIWP.

Beberapa kategori sukan dipertandingkan melalui penglibatan murid-murid mewakili 5 Zon; Zon Bandar Tun Razak, Zon Bangsar, Zon Batu, Zon Titiwangsa dan Zon Setapak.

Antara acara dipertandingkan seperti ‘Soccer Kids’, ‘Boja Kids’, pergerakan kreatif, tarik tali, tarik bola dalam gelung, hantaran kasih dan perbarisan.

Tujuan Karnival diadakan untuk mendidik murid-murid mempunyai daya saing, keyakinan, kreatif, proaktif dan semangat juang yang tinggi.

Seramai 2,472 murid-murid dilibatkan sebelum dan sehingga kepada karnival sukan ini direalisasikan.

mini_IMG_5859.JPGIMG_5865.JPGIMG_6066.JPGIMG_6674.JPGIMG_5983.JPGIMG_5859.JPGIMG_5931.JPGIMG_6846.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!