YBM BERSAMA MAIWP MENINJAU KEBAJIKAN ASNAF

Saiz Tulisan :

mini 354c9478 0820 4a61 b16d 947925eb65e0

MOHD Na'im Mokhtar dan Setiausaha Politik beliau bersama asnaf

 

KUALA LUMPUR, 9 September – Yang Berhormat Menteri (YBM) Dato’ Setia Dr. Mohd Na'im Haji Mokhtar, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) meninjau kebajikan asnaf dan membuka langkah menokhtahkan kemiskinan seperti yang diinginkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim.

Memulakan langkah tersebut, YB Menteri dan rombongan menyantuni encik Sofian Hakimi dirumahnya di Perumahan Awam Setapak Jaya 1A, Kuala Lumpur, yang lumpuh anggota badan sejak 4 tahun yang lalu.

YB Senator meninjau lebih dekat situasi beliau dan keperluan semasa yang mengkehendakkan tindakan segera bantuan.

Kesihatan Sofian, selalu diawasi oleh isteri, di samping jiran-jiran dan persatuan kebajikan penduuduk yang acap kali bersama.

Asnaf kedua yang disantuni, Raja Rosli Raja Aziz, yang tinggal di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, mengidap pelbagai penyakit; ketumbuhan di hati, kencing manis, darah tinggi dan telah melalui pembedahan di bahagian kepala kerana ketumbuhan juga.

Mohd Na’im memaklumkan rombongan bahawa pihak MAIWP menyalurkan bantuan-bantuan bulanan; kewangan, perubatan dan sewa rumah bagi meringankan kemaslahatan yang mereka hadapi di samping sebagai suatu tanggungjawab.

YB Menteri mengucapkan jutaan terima kasih kepada Setiausaha Politik beliau, Dr. Muhamad Razak Idris, MAIWP melalui ketua rombongannya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Fauzi Abidin, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP yang turut menyertai rombongan menyantuni asnaf.

Tidak juga dilupakan kepada pembayar zakat, semoga hasil usaha mereka bertambah dan diberkati, maka dapatlah dimanfaatkan oleh masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan khususnya dan negara kita amnya.

mini_688e8ed3-ef14-4333-82a7-f43569916a32.jpeg85ea710b-6d84-44a5-a2ac-ecd2fc0d20bc.jpeg688e8ed3-ef14-4333-82a7-f43569916a32_1.jpeg14f48ed2-15ac-43c2-89b6-0e0dfc8f4e55.jpeg60b56ee9-4dab-464a-935c-8375f7681d64.jpeg9d9827ad-805e-4277-a355-0eb06cefe817.jpeg3b95fce6-62aa-48e3-a3cd-e957a7c4c376.jpege6522bbe-1a3f-48bb-b763-86be065776a2.jpeg2af3f4f3-f3f6-4c06-88dd-8d9734daa02a.jpeg3090bd1d-ac4e-41b9-b9b3-3498bf7ba225.jpeg354c9478-0820-4a61-b16d-947925eb65e0.jpeg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!