Anugerah rezeki, taufik tawakal kepada Allah SWT

Saiz Tulisan :

 mini 360095523 661388279360228 5604207204726551639 n

Mohd Na'im Mokhtar bergambar dengan 93 pegawai cemerlang MAIWP 2022

 

Kuala Lumpur, 20 Julai - Anugerah Perkhidmatan Cemerlangan (APC) MAIWP 2022 diberikan kepada 93 pegawai yang memperlihatkan ciri-ciri berinovasi, kreatif, profesional, berintegeriti  dan mencetuskan insiprasi  kepada MAIWP dirai hari ini.

Demikian diucapkan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP 2022 di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

Berikut adalah antara sedutan ucapan beliau:

 

Saya ingin memulakan ucapan tengah hari ini dengan mengajak hadirin semua untuk merenung firman Allah SWT dalam Surah Hud, ayat 88:

 

 a088 171cd17db4a65c60a9eb99443a70aec1

 

“Nabi Syuaib berkata: “Wahai kaumku, apakah pandanganmu jika aku mempunyai bukti yang nyata daripada Tuhanku dan dianugerahkan-Nya rezeki yang baik untukku dari sisi-Nya (patutkah aku mendiamkan perintah-Nya?) Aku bukan berniat hendak menyalahkan kamu dengan apa-apa yang aku larang itu, malah tujuan aku hanyalah untuk membaiki (keadaan kamu) setakat termampu olehku. Tidaklah ada hidayah petunjuk (taufik) bagiku melainkan dengan pertolongan Allah. Hanya kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya aku kembali.”

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan-Nya jua, dapat kita bersama-sama berhimpun bagi meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Tahun 2022.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan tertinggi MAIWP kerana menjemput saya bagi menyampaikan ucapan perasmian dan seterusnya menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP pada hari yang mulia ini.

 

Hadirin sekalian,

 

Menguruskan sebuah agensi yang berinteraksi secara langsung dengan asnaf dan pihak yang memerlukan adalah bukan satu urusan yang mudah.

Ia memerlukan tahap profesionalisme jua integriti yang tinggi, kesabaran serta jiwa suka membantu orang yang susah.

Seluruh warga MAIWP mesti cekap dan pantas dalam tindakan, mempunyai ilmu komunikasi sebagai pendakwah serta mematuhi segala peraturan dan pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

Di sinilah saya melihat kesungguhan MAIWP yang diterjemahkan menerusi pelbagai inisiatif dan program santunan kepada masyarakat dipergiatkan.

Seluruh jentera MAIWP bergerak turun ke lapangan mencari asnaf dan mereka yang memerlukan.

Jika kita telusuri sejarah penubuhan MAIWP sehingga kini, MAIWP telah berusaha untuk melaksanakan pelbagai inovasi dan pendekatan untuk menangani kemiskinan dan memakmurkan pendidikan, sehingga kini, MAIWP telah menyediakan 30 skim bantuan zakat yang meliputi aspek kebajikan, pendidikan, perubatan, tempat tinggal, keusahawanan dan pembangunan ummah kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutan.

Alhamdulillah, dalam rekod kita, di Wilayah Persekutuan bermula 1 Januari 2023 sehingga 30 Jun 2023, sebanyak RM420 juta dana zakat telah diagihkan kepada para asnaf melalui pelbagai skim bantuan, zakat ini telah diagihkan kepada para asnaf dengan penuh perancangan rapi dan pelbagai inisiatif.

Sekiranya gerakerja seluruh warga MAIWP profesional, serta berintegriti tinggi, ditambah pula dengan program-program pembangunan asnaf dilaksana dengan agresif, tentunya kepercayaan umat Islam kepada MAIWP akan meningkat, dan ia secara sendirinya akan mendorong umat Islam untuk menunaikan zakat melalui Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP).

 

Hadirin sekalian,

 

Hari ini, pastinya lebih bermakna dan sangat istimewa kepada penerima-penerima penganugerahan APC tahun 2022.

Saya ingin mengucapkan setinggi–tinggi tahniah kepada semua 93 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2022 yang diraikan pada hari ini.

Semoga dengan pengiktirafan ini, ia akan menyuntik semangat dan mencetus inspirasi kepada semua warga MAIWP untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

Penganugerahan APC ini adalah ruang untuk kita meraikan sebahagian daripada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi kerja dan pencapaian yang tinggi dan amat membanggakan sepanjang tahun 2022.

Besarlah harapan saya agar pengiktirafan yang diberikan ini dapatlah menjadi pendorong dan pembakar semangat tuan-tuan dan puan-puan untuk terus meningkatkan kecemerlangan pada masa akan datang, seterusnya menjadi mentor terbaik kepada rakan sekerja.

 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan seluruh warga MAIWP sekalian,

 

Untuk mendepani cabaran masa hadapan, MAIWP seharusnya bersedia memberikan perkhidmatan kepada masyarakat dengan efisien mengikut hala tuju dan pelan strategik MAIWP.

Selain bantuan-bantuan tunai diberikan kepada para asnaf, MAIWP seharusnya lebih serius merancang strategi mengeluarkan para asnaf daripada kesusahan hidup.

Program-program latihan serta keusahawanan perlu diperhebatkan agar satu hari nanti, para asnaf dapat keluar daripada kepompong kemiskinan dan berjaya dalam kehidupan mereka.

Kita perlu sahut apa yang selalu diulang-ulang oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, agensi Kerajaan mesti berfikir, mencari jalan dan berusaha untuk menoktahkan kemiskinan masyarakat.

Justeru itu,  saya ingin menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan agar terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan memastikan jentera pentadbiran kerajaan bergerak dengan berkesan, dalam melaksanakan dasar dan menjayakan setiap aspirasi yang disusun kerajaan.

Selaras dengan frasa ‘Saya yang menjalankan amanah’ yang menjadi motto perkhidmatan awam, penting bagi kita untuk menghayati setiap arahan, tugasan dan tanggungjawab beserta di amanah yang perlu digalas sebaiknya.

Amanah dalam konteks ini bermaksud rela dan berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan.

Dalam konteks Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) kita telah menggerakkan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama Menuju Malaysia Madani (Al-Falah), saya seluruh pengurusan tertinggi MAIWP melaksanakan Pelan Transformasi Al-Falah dengan sehabis baik mengikut perancangan yang telah diatur.

Saya percaya di agensi MAIWP ini juga kita harus menambah baik kelemahan-kelemahan yang ada agar perkhidmatan yang diberikan benar-benar efektif, pantas dan cekap. 

Saya dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim merasmikan “MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG MAIWP 2022” pada hari ini.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

 

mini_360095523_661388279360228_5604207204726551639_n.jpg361977544_661361379362918_765537676274745277_n.jpg360095523_661388279360228_5604207204726551639_n.jpg361896402_661335489365507_9222861609936422867_n.jpg362200697_661334482698941_2314998155547602750_n.jpg362220451_661333709365685_1423190328208698859_n.jpg361659079_661390509360005_4318400033443107302_n.jpg362179766_661361436029579_2860334768543638916_n1.jpg362274026_661360706029652_7003640801749956905_n1.jpg362298819_661348336030889_6383785452550188837_n1.jpg360096365_661393102693079_6112902960349494328_n.jpg361186273_661390686026654_2875868128442675460_n.jpg362248442_661371252695264_6544155966498913250_n.jpg362278701_661390402693349_3327770526383860098_n.jpg360122887_661391202693269_2445718914284027308_n.jpg

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!