MAIWP belanjakan RM420 juta sehingga Jun - Menteri

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2023/18072023/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

3936 2216 max 18

Mohd Naim Haji Mokhtar menyaksikan pertukaran MoU antara MAIWP dan PTPTN

 

KUALA LUMPUR, 18 Julai - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah membelanjakan wang zakat untuk asnaf sehingga Jun 2023 sebanyak RM420 juta.

Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ketika merasmikan Pelancaran Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan dan Menandatangani Memoradum Persefahaman (MoU) antara MAIWP dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) di Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP, Batu Muda.

”Dalam rekod MAIWP, bermula 1 Januari 2023 sehingga 30 Jun 2023, sebanyak RM420 juta dana zakat telah diagihkan kepada para asnaf melalui pelbagai skim bantuan dengan penuh perancangan rapi dan pelbagai inisiatif,” ujar beliau.

YB menteri menyatakan bahawa Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan adalah kerjasama strategik di antara MAIWP dan PTPTN.

”Saya amat gembira melihat kolaborasi antara pihak MAIWP dan PTPTN yang telah sedia terjalin dengan pelbagai program strategik dalam membantu para pelajar sekolah mahupun pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi, sebagai contoh, MAIWP dan PTPTN telah menjalinkan kerjasama menerusi produk Simpanan Simpan Prime SSPN dan hari ini, MAIWP sekali lagi berkerjasama dengan PTPTN melalui skim yang baharu iaitu Skim Bantuan Penyelesaian Pembiayaan Pendidikan bagi pengajian di peringkat Diploma.

”Pelajar jurusan perubatan seramai 200 orang dengan pembiayaan RM40 ribu  seorang dengan jumlah RM8 juta, dan pelajar selain jurusan perubatan seramai 250 orang dengan pembiayaan RM20 ribu seorang dengan jumlah RM5 juta, dan jumlah keseluruhan (jurusan perubatan dan jurusan lain) pembiayaan sebanyak RM13 Juta.

”Penyelesaian pembiayaan pinjaman PTPTN ini ditawarkan kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf menetap di Wilayah Persekutuan yang membuat pinjaman pelajaran dengan PTPTN di Peringkat Diploma serta mendapat keputusan cemerlang CGPA 3.50 ke atas.

”Saya dan kita semua harapkan dengan inisiatif yang ditawarkan ini dapat mendorong pelajar-pelajar asnaf fakir, miskin dan mualaf belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kecemerlangan terbaik dalam pengajian, berikan komitmen dan kesungguhan kepada kelas pengajian saudari saudari, setiap tugasan yang diberikan oleh para pensyarah, selesaikan dengan sepenuh hati dan setiap kali peperiksaan, buatlah yang terbaik.”

Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim juga tidak lupa merakamkan penghargaan  kepada pembayar zakat dengan ucapan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kerana dengan zakat mereka, MAIWP dapat memenuhi keperluan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan.

”Suka saya kongsikan, Insya-Allah MAIWP pada 1 Februari 2024 akan menyambut Jubli Emas 50 tahun MAIWP - pada usia menjangkau 50 tahun, MAIWP diharapkan terus menjadi sebuah agensi yang dinamik dan berdaya tahan dalam memastikan hal ehwal pengurusan Islam di Wilayah Persekutuan sentiasa relevan dan terkehadapan dalam membangunkan asnaf,” ucap YB Menteri.

Ketika memulakan perasmian, YB Senator membacakan firman Allah SWT dalam Surah An-Nahl ayat 97:

 

a097 9b42e0f9e02a48621f25b61b69e680a6

 

”Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki dan perempuan, sedia dia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan.”

 

Jelas beliau, MAIWP sentiasa membuka kepada agensi, syarikat korporat badan bukan kerajaan, institusi dan sebagainya bersinergi bersama, MAIWP percaya  tanggungjawab membantu masyarakat adalah tanggungjawab bersama dan akan memberi impak yang lebih besar kepada masyarakat.

Turut hadir Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Datuk Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, Mohd Nizam Haji Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,  Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN dan Professor Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman, Naib Canselor Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI).

 

mini_3936-2216-max_18.jpg3936-2216-max_3.jpg2599-2216-max.jpg3936-2216-max_15.jpg3936-2216-max_13.jpg3936-2216-max_18.jpg3936-2216-max_2.jpg3936-2216-max_5.jpg3936-2216-max_17.jpg3936-2216-max_11.jpg3936-2216-max_10.jpg3936-2216-max_12.jpg3936-2216-max_16.jpg3936-2216-max_6.jpg3936-2216-max_19.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!