PELANTIKAN AJK MASJID DAN SURAU JUMAAT WP SESI 2023-2026

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2023/13062023-1/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini 353809260 639554011543655 7238948506844729149 n

Mohd Na'im bin Haji Mokhtar menyampaikan watikah kepada salah seorang AJK

 

KUALA LUMPUR, 13 Jun - Majlis perasmian dan penyampaian watikah Pelantikan Anggota Jawatankuasa Kariah Masjid Dan Surau Jumaat Wilayah Persekutuan Sesi 2023-2026 disempurnakan oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Dewan Besar Masjid Wilayah Persekutuan.

Turut hadir Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Tuan Haji Mohd Fadzil bin Abu Kasim, Timbalan Pengarah Operasi JAWI.

Ketika memulakan ucapan, YB Menteri membacakan ayat Al-Quran surah At-Taubah ayat 18:

 

a018 9646784f66be09b430c90c2b2c1f3414 1

 

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

 

“Dalam sirah Islam, masjid mempunyai kedudukan yang tinggi - masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam untuk melaksanakan solat serta lain-lain ibadat termasuk majlis ilmu, pusat pentadbiran dan musyawarah dan sebagainya, masjid menjadi institusi yang benar-benar berfungsi dan dirasai dalam masyarakat.

“Jika ditinjau pada sirah, ketika Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah, Baginda SAW terlebih dahulu mendirikan Masjid Quba’ iaitu masjid terawal yang telah dibina pada zaman Baginda, begitu juga ketika sampai di Madinah, Baginda telah membangunkan Masjid Nabawi - ini memberikan isyarat kepada kita bahawa masjid merupakan institusi penting dalam negara dan masyarakat.

“Maka dengan sebab itu, institusi masjid perlu terus menjadi tempat membina kekuatan akidah masyarakat, mendidik masyarakat melalui pengamalan syariat di samping mengukuhkan perpaduan dalam kalangan umat Islam, perkara ini selaras dengan saranan YAB Perdana Menteri Malaysia, yang mahu institusi masjid di negara ini menjadi pangkalan ibadah dan pusat ilmu,” ucapa beliau.

Seramai 600 orang terdiri daripada Anggota Jawatankuasa Kariah menghadiri majlis ini.

mini_353809260_639554011543655_7238948506844729149_n.jpg353666125_639553708210352_25480945013512262_n.jpg353828906_639553738210349_6947656041208243573_n.jpg353026170_639553764877013_3652201620172290458_n.jpg354047735_639553791543677_1720766440769750250_n.jpg353842708_639554204876969_3657532831516948125_n.jpg353809260_639554011543655_7238948506844729149_n.jpg353842408_639553901543666_8285833471478274637_n.jpg353807330_639553514877038_8674061889363490092_n.jpg353028710_639553481543708_4175242061997811993_n.jpg353841460_639554051543651_3957406774279458596_n.jpg353831555_639554098210313_1103453188207479446_n.jpg353797760_639554128210310_8641487844846810853_n.jpg354052071_639554251543631_1747232535506820330_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!