CHROMEBOOK PROJEK ALBUS MAIWP

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2023/13062023/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mini 351321380 639496834882706 2898180780217962567 n                       

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir bersama penerima chromebook

 

CHERAS,13 Jun - Bagi mencapai Aspirasi Pendidikan MAIWP di dalam Blueprint Pendidikan MAIWP 2021-2025,itu; Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global, MAIWP perlu menyediakan teknologi terkini dalam penggunaan aplikasi digital, latihan dan membekalkan peranti serta capaian internet kepada para pelajar dengan kerjasama badan-badan korporat.

Projek Albus merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan alatan digital.

Projek ini merupakan satu kolaborasi antara sekolah, kerajaan, dan institusi-institusi terlibat, sambil dipantau oleh pakar akademik untuk tujuan laporan dan penyelidikan.

Sebagai projek rintis, SMA MAIWP dipilih oleh Google bersama rakan strategik, iaitu; UKM dan Lenovo bagi pelaksanaan Projek Albus MAIWP.

Dalam projek ini, seramai 139 murid dan 11 guru terlibat untuk tempoh enam bulan.

Bagi merealisasikan projek ini, pihak Lenovo menyediakan peranti, pihak Google pula menyediakan tenaga pengajar dan aplikasi (Chromebooks), manakala pihak UKM akan memantau dan membuat kajian impak keberkesanan program tersebut.

Bahagian Pembangunan Insan (BPI) MAIWP berjaya menganjurkan Majlis Pelancaran dan Penyerahan Chromebook Projek Albus MAIWP dengan kerjasama bersama Google for Education, UKM dan Lenovo di Dewan Qa'ah Al-Qhardawi, SMA MAIWP, Kuala Lumpur.

Turut hadir dalam program ini Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin bin Syed Mohamed Tahir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan MAIWP, Encik Mohd Fauzi bin Abidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Pengurus-Pengurus Bahagian MAIWP dan pengetua-pengetua institusi terlibat.

Turut hadir rakan kerjasama daripada Google, Encik Raja Azmi Adam, Pengarah Negara Malaysia, Singapura dan Brunei Google For Education, wakil daripada UKM, Prof. Dato’ Dr. Norazah binti Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri, Alumni dan Masyarakat) Universiti Kebangsaan Malaysia dan wakil Lenovo, Puan Sumayyah binti Mustafa, Google Sales Solution Lead Education - Asia Pacific Lenovo.

MAIWP sentiasa memandang ke hadapan bagi memperkasa penggunaan digital dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kerjasama bersama syarikat-syarikat tersebut terutamanya Google dalam mengkaji dan meneliti big data yang mampu mengenal pasti kelemahan dalam aspek pembelajaran dan pengajaran dari semasa ke semasa.

 

mini_351321380_639496834882706_2898180780217962567_n.jpg352817851_639498391549217_4701358460539140838_n.jpg353395060_639497434882646_5032449223218376341_n.jpg351496179_639497091549347_6972210957984157946_n.jpg352345735_639497504882639_4572805732362283721_n.jpg351509196_639497104882679_2918088279482397758_n.jpg351321380_639496834882706_2898180780217962567_n.jpg353018663_639496794882710_130013157300227688_n.jpg353649624_639496948216028_803613254925357073_n.jpg351306260_639497031549353_722529330592638477_n.jpg352668801_639498364882553_4857762439102328235_n.jpg352223007_639498151549241_6343773885714225492_n.jpg353859149_639498101549246_2948695140347935468_n.jpg352219506_639497071549349_3705409759755714909_n.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!